Manhattan Project: Sebuah Misi Rahasia Bom Atom Amerika Serikat Dalam Perang Dunia Kedua yang Diduga Menewaskan 150.000 Korban Jiwa

Thread by @ErenaTakeuchi
1
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

MANHATTAN PROJECT: PROJEK RAHSIA BOM ATOM TENTERA BERIKAT DALAM PERANG DUNIA KEDUA Hari ini adalah ulang tahun ke-75 pengeboman bom atom Tentera Berikat ke atas bandar Hiroshima, Jepun. 🇯🇵 Dilaporkan 150,000 orang mati serentak pada hari tersebut. pic.twitter.com/0I13aVOekX

06/08/2020 19:41:59 WIB
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Penemuan teknik pemisahan atom ditemui oleh saintis Jerman, Otto Hahn dan Fritz Strassmann pada tahun 1938. Hasil kajian teori Lise Meitner dan Otto Frisch, ia dibiayai oleh kerajaan Nazi Jerman untuk mencipta senjata berbahaya itu. Kajian tersebut berasal dari Enrico Fermi...

06/08/2020 19:42:00 WIB
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

...saintis dari Itali yang dianggap 'bapa nuklear dunia'. Fermi berpindah dari Itali ke Amerika Syarikat selepas Mussolini membuat undang-undang anti Yahudi di negaranya. Bimbang keselamatan isterinya yang merupakan seorang Yahudi, beliau berpindah ke New York pada 1939.

06/08/2020 19:42:00 WIB
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Menyedari kuasa atom itu terlalu kuat, Fermi menghubungi Jabatan Pertahanan AS dan cuba menyakinkan kerajaan Amerika bahawa senjata ini benar-benar berbahaya. Untuk menyakinkan orang ramai, Fermi mengajak Albert Einstein untuk memberitahu Presiden Franklin Rossevelt tentang ini. pic.twitter.com/Kkus4aE9HI

06/08/2020 19:42:03 WIB
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Rossevelt kemudiannya mengarahkan Lyman Briggs, pengarah Jabatan Standard dan Teknologi bagi bertemu dengan saintis-saintis tersebut. Pada 12 Jun, 1940, Rossevelt mengasaskan Jabatan Kajian Pertahanan Nasional untuk menyelidik teknologi tersebut.

06/08/2020 19:42:03 WIB
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Di Britain, Otto Frisch dan Rudolph Peirels telah membuat kajian tentang uranium -235, bahan asas untuk bom tersebut. Dan pada tahun 1940, demi usaha memujuk Amerika Syarikat menyertai Tentera Berikat, Britain menyerahkan pelan bom tersebut secara rahsia melalui Tizard Mission.

06/08/2020 19:42:04 WIB
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Pelan tersebut dihantar dengan menggunakan jalan jauh menerusi kapal bagi mengelakkan kapal selam tentera Nazi, U-Boat daripada menyerang, dengan menggunakan jalan laut menuju ke Greenland dan Kanada sebelum ia tiba di Amerika Syarikat.

06/08/2020 19:42:05 WIB
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Amerika Syarikat mengambil pendirian berkecuali kerana enggan terlibat dalam kancah peperangan Eropah. Namun selepas peristiwa Pearl Harbor, Amerika Syarikat menyertai Tentera Berikat dan merancang untuk membina bom tersebut "sebelum Nazi membinanya". pic.twitter.com/TgAv9CbMEV

06/08/2020 19:42:07 WIB
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Beberapa bandar di Amerika Syarikat dan Kanada telah dipilih untuk mengadakan penyelidikan serta menyiapkan komponen-komponen penting untuk bom ini. Ia sengaja dibuat secara berselerak supaya jika Nazi Jerman menyerang Amerika, mereka tidak mampu mendapatkan pelan... pic.twitter.com/tOyoMn4NnP

06/08/2020 19:42:11 WIB
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

...bom itu kerana ia terpaksa bergerak dalam satu kawasan yang besar. Pusatnya ialah di Oak Ridge, Tennessee. Disebabkan projek ini adalah rahsia kerajaan, seluruh bandar ini ditutup dan segala jalan masuk disekat, kecuali orang yang penting.

06/08/2020 19:42:11 WIB
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Penduduk di situ dipantau agar tidak bercakap tentang rahsia besar ini, dan pekerja-pekerja di Clinton Engineer Works dilarang sama sekali untuk keluar daripada bandar tersebut. pic.twitter.com/JvnfDsZq31

06/08/2020 19:42:14 WIB
Expand pic
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Lebih 50,000 orang pekerja di CEW menyelidik serta menghasilkan bom dan mendapatkan bahan dari pelbagai bandar yang turut tersenarai dalam projek tersebut. Oak Ridge menjadi komuniti tertutup akibat projek ini. pic.twitter.com/jTnnzSMwkh

06/08/2020 19:42:16 WIB
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Selepas 3 tahun, bom atom akhirnya berjaya dihasilkan, dan percubaan pertama letupan atom dilakukan di Trinity Site, Los Alamos, New Mexico. Projek ini dikawal selia oleh Robert Oppenheimer, dan pada 16 Julai 1945, bom atom pertama diletupkan di sini. pic.twitter.com/a4EhGqlmgl

06/08/2020 19:42:21 WIB
Expand pic
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Oppenheimer kemudian popular berucap dengan kata-kata dari kitab Bhagavad Gita, "sesungguhnya aku kini menjadi Dewa Kematian, pemusnah dunia ini." pic.twitter.com/wkLn7NBokH

06/08/2020 20:07:14 WIB
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Selepas kejayaan letupan tersebut, Amerika yakin dengan senjata tersebut mampu menamatkan perang dunia yang sedang berlaku. Pada 6 Ogos 1945, pesawat pengebom Enola Gay telah melepaskan bom "Little Man" di Hiroshima, sementara pesawat Bockscar melepaskan bom di Nagasaki... pic.twitter.com/LijOtlTCP0

06/08/2020 20:08:20 WIB
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

...pada 9 Ogos 1945. Setiap 6 Ogos, penduduk Hiroshima akan berhimpun di depan Big Dome sebagai tanda memperingati peristiwa tragedi tersebut, sambil membantah pembinaan bom nuklear untuk keamanan dunia. pic.twitter.com/cWjF2DKHsX

06/08/2020 20:09:10 WIB
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Untuk thread Perang Dunia Kedua yang lain: Jepun menyerang Tanah Melayu twitter.com/ErenaTakeuchi/…

06/08/2020 20:09:42 WIB
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

JEPUN MENYERANG TANAH MELAYU Hari ini, 78 tahun yang lalu, tentera Jepun menyerang pengkalan udara Amerika Syarikat di Pearl Harbor, Hawaii. Kurang 24 jam sebelum itu, Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Bachok, Kelantan. pic.twitter.com/Uas1TLRSQs

07/12/2019 11:43:49 WIB
Expand pic
Expand pic
Expand pic
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Tentera Jepun diketuai oleh Jeneral Tomoyuki Yamashita, yang memimpin Tentera Darat ke-25, memulakan serangan melalui Songkhla, dan melintasi Sungai Golok, dan bertempur dengan tentera British di pos kawalan sempadan. pic.twitter.com/KfgEilTF4L

07/12/2019 11:43:50 WIB
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Perdana Menteri Thailand, Plaek Phibunsongkram mengumumkan bahawa Thailand menyebelahi Jepun, kerana pada 6 Disember, tentera Thailand mengalami kekalahan teruk dalam peperangan laut di Teluk Thailand. Plaek terpaksa menyebelahi Jepun demi kepentingan negara.

07/12/2019 11:43:51 WIB
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Divisyen ke-5 mendarat di Pattani, sebelum bergerak menuju ke Jitra pada 11 Disember 1941. Jepun membawa 200 kereta kebal iaitu jenis Type 95, Type 97, dan Type 89 dan menyeberangi sempadan Betong dan Perak. Pertempuran sengit berlaku di Kota Bharu, sebelum mereka ke selatan. pic.twitter.com/5nVMTvU15a

07/12/2019 11:43:53 WIB
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Pengkalan Tentera British, yang terletak di Singapura, meletakkan strategi bertahan di Singapura kerana kepentingan strategik, disamping menjalankan taktik bumi hangus, dengan meletupkan lombong, jambatan, kilang milik mereka supaya Jepun tidak dapat gunakannya.

07/12/2019 11:43:53 WIB
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Tentera Udara Diraja British mempunyai 300 kapal terbang, terpaksa dihantar ke London kerana sedang berperang dengan tentera Nazi di Selat Inggeris, menyebabkan British tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk bertahan dengan tentera udara Jepun. pic.twitter.com/NEITmOwWnf

07/12/2019 11:43:55 WIB
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

Dua kapal British, kapal battlecruiser Repulse dan kapal Prince of Wales, telah diletupkan oleh tentera Jepun di perairan Kuantan, Pahang pada 10 Disember 1941. Dengan ketumbukan seramai 70,000 orang tentera, Jepun menyerang melalui dua arah iaitu Divisyen Kelima di Jitra... pic.twitter.com/Z2OT9jozMf

07/12/2019 11:44:02 WIB
Expand pic
Expand pic
El 🇲🇾 @ErenaTakeuchi

...dan Divisyen ke-18 di Kota Bharu. Leftenan Jeneral British, Arthur Percival melancarkan Operasi Krohcol dengan menyerang hendap Jepun dari jalan di Kroh, Perak yang bersempadan dengan Betong. Dengan menggunakan kapal terbang Mitsubishi A6M Zero, pesawat serangan ini... pic.twitter.com/rAzmgffGuc

07/12/2019 11:44:04 WIB
Expand pic
Load Remaining (110)

Comment

No comments yet. Write yours!