7 Tips Untuk Suami Supaya Banyak Rezeki! via @aaizatnizam

thread berfaedah @tumbenlucu
2
𝐄𝐉𝐀𝐃 🇲🇾 @aaizatnizam

7 TIPS UNTUK SUAMI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI. 1. Bangun lebih awal dari isteri. Kesian isteri. Dia mungkin tidur lewat untuk uruskan keluarga kita sendiri.

24/07/2020 05:50:08 WIB
𝐄𝐉𝐀𝐃 🇲🇾 @aaizatnizam

2. Kejutkan isteri dengan penuh kasih sayang untuk tahajud bersama. Bukan kejut untuk 'bersama' jer. Percikkan air di wajahnya yang jelita jika isteri terasa berat nak bangun.

24/07/2020 05:50:08 WIB
𝐄𝐉𝐀𝐃 🇲🇾 @aaizatnizam

3. Solat Taubat setiap hari. Khuatir ada perbuatan kita tidak menjadi contoh yang baik buat isteri dan anak-anak selama ini. 4. Solat berjemaah Subuh di surau. Ia menjemput keberkatan datang bertamu di rumah sendiri.

24/07/2020 05:50:09 WIB
𝐄𝐉𝐀𝐃 🇲🇾 @aaizatnizam

5. Solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak setiap kali berpeluang. Jadilah imam yang baik di dunia supaya kita mampu menjadi imam yang baik ke Syurga.

24/07/2020 05:50:09 WIB
𝐄𝐉𝐀𝐃 🇲🇾 @aaizatnizam

6. Pergi kerja dengan senyuman, balik kerja pun dengan senyuman dan kasih sayang. Antara rezeki yang paling mahal ialah keharmonian rumahtangga. Orang bisnes pun sama.

24/07/2020 05:50:10 WIB
𝐄𝐉𝐀𝐃 🇲🇾 @aaizatnizam

7. Solat Hajat setiap kali selepas solat Maghrib. Mudah untuk istiqamah bila buat waktu ini. Doakan agar keluarga kita kaya, berjaya dan bahagia sampai ke Syurga! Moga bermanfaat.❤ Kredit:Zuhairi Nopiah

24/07/2020 05:50:10 WIB

Comment

No comments yet. Write yours!