Suami Istri Berakhir Di Penjara Selama 27 Tahun, Tega Menyiram Anaknya Dengan Air Panas dan Dikurung Dalam Kandang Kucing Hingga Mati

Thread by @twitervirall
0
Twiter Virall @twitervirall

IBU BAPA KEJAM DIPENJARA 27 TAHUN GARA-GARA SIMBAH ANAK DENGAN AIR PANAS, KURUNG DALAM SANGKAR KUCING HINGGA MATI pic.twitter.com/vSwL4dtwac

16/07/2020 08:09:26 WIB
Expand pic
Expand pic
Expand pic
Expand pic
Twiter Virall @twitervirall

Awalnya, mangsa yang masih bayi itu telah diserahkan kepada ibu angkat iaitu Zufarina Abdul Hamid disebabkan pada 2011 ibu bapanya Ridzuan Mega dan Azlin Arujunah tidak mempunyai pekerjaan selain menghadapi masalah kewangan.

16/07/2020 08:09:27 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Ketika dijaga olah ibu angkat, mangsa diberi kasih sayang sepenuhnya seperti anak sendiri. Namun nasib malang merundung anak itu apabila pada tahun 2015, pasangan suami isteri ini telah mengambil semula anak mereka daripada Zufarina.

16/07/2020 08:09:28 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Penderaan demi penderaan telah berlaku setahun selepas itu iaitu pada tahun 2016. Berdasarkan kronologi kes daripada pendakwa raya yang dipetik daripada Today Online, memaklumkan suspek, Ridzuan Mega yang merupakan bapa kandung mangsa telah menggunakan playar untuk mencubit

16/07/2020 08:09:29 WIB
Twiter Virall @twitervirall

bahagian punggung dan paha mangsa beberapa kali sehingga meninggalkan kesan lebam. Kejadian tersebut telah berlaku pada bulan Julai 2016.

16/07/2020 08:09:29 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Pada bulan Ogos 2016, ibu kandung iaitu Azlin Arujunah didakwa bertindak memukul badan dan kaki mangsa menggunakan penyapu kerana mangsa dikatakan telah menumpahkan biskut di lantai dapur rumah mereka.

16/07/2020 08:09:30 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Susulan daripada kejadian itu, mangsa telah tempang dan tempurung lututnya tidak sejajar selain terdapat kesan parut di bahagian perutnya.

16/07/2020 08:09:31 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Bukan itu sahaja, suspek juga didakwa telah menolak bahu mangsa sehingga menyebabkannya terjerumus dan kepalanya terhantuk di bucu tiang. Disiram dengan air panas

16/07/2020 08:09:31 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Pada akhir bulan Ogos sehingga awal September, Ridzuan Mega telah menekapkan sudu logam yang panas ke tapak tangan kerana mangsa telah ‘mencuri’ susu tepung untuk dimakan. Pada Oktober 2016, Ridzuan sekali lagi ‘menghukum’ mangsa dengan hukuman yang sama.

16/07/2020 08:09:32 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Mangsa juga pernah dicucuh api rokok di bahagian lengan dan dipukul menggunakan penyangkut baju kerana mangsa tidak mengaku telah ‘mencuri’ susu tepung.

16/07/2020 08:09:33 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Sekitar 15 hingga 17 Oktober 2016, Azlin didakwa menarik pergelangan kaki mangsa supaya menghalangnya daripada melarikan diri sebelum menyiramnya menggunakan air panas.

16/07/2020 08:09:33 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Lebih kejam apabila Azlin mencurahkan sebanyak 3 kali di bahagian kaki dan 5 kali di tangan sehingga menyebabkan kulit mangsa menggelupas.

16/07/2020 08:09:34 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Pada 17 hingga 20 Oktober, Azlin sekali lagi telah memercikkan air panas dan Ridzuan membaling beberapa cawan berisi air panas ke arah mangsa. Mangsa juga didakwa telah ditumbuk oleh bapanya itu.

16/07/2020 08:34:43 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Lebih teruk, pada 21 hingga 22 Oktober, pasangan ini dituduh telah mengurung anak lelakinya yang berketinggian 105cm ke dalam sangkar kucing berukuran 70cm (tinggi), 58cm (lebar) dan 90cm (panjang).

16/07/2020 08:34:44 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Mangsa kemudian disiram dengan air panas di bahagian belakang dan betis hanya kerana enggan mandi.

16/07/2020 08:34:45 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Bukan itu sahaja, kepala mangsa turut dipukul menggunakan penyapu. Mangsa terus rebah dan tidak bergerak tetapi ibu bapa hanya membawanya ke hospital enam jam kemudian. Mangsa dilaporkan meninggal dunia sehari selepas kejadian iaitu pada 23 Oktober 2016.

16/07/2020 08:34:46 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Pendakwa memaklumkan suhu air panas tersebut antara 86.5 ° C dan 98.7 ° C sehingga menyebabkan dua pertiga tubuhnya melecur. Penganalisis HSA Crystal Lau Liang Sung memberi keterangan bahawa calitan daripada sangkar tersebut mendedahkan terdapat kesan DNA mangsa.

16/07/2020 08:34:47 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Selanjutnya, pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 27 tahun dan 24 kali sebatan ke atas Ridzuan Mega Abdul Rahman pada 13 Julai 2020. Manakala, isterinya iaitu Azlin Arujunah dikenakan hukuman penjara 27 tahun selain tambahan 12 bulan penjara.

16/07/2020 08:34:47 WIB
Twiter Virall @twitervirall

Hukuman tambahan itu dikenakan ke atas Azlin sebagai ganti hukuman sebatan yang tidak dilakukan ke atas wanita demikian laporan yang dipetik daripada Mothership sg. Sumber: Today Online, Mothership sg

16/07/2020 08:34:48 WIB
aiyaiyai @imtootiredo

@twitervirall Kalau taknak anak jangan kahwin setan. Jangan kongkek. Kurung diri sendiri dlm sangkar kucing sampai mati. Hidup pun perangai mcm setan. Dasar bangsat

16/07/2020 10:13:41 WIB
Enchantress🌙 @sugarloverrr

@twitervirall Babi punya manusia😭😭 Bodoh takdak hati perut ka anak darah daging sendiri! 27 tahun tu telalu singkat nak dibanding dengan keseksaan budak tu hadap😭 patut dua setan ni kena rejam sampai mati!

16/07/2020 10:18:43 WIB
ToBeLove @CuteItuKacak

@twitervirall Selain dari test HIV, sebelum lahwin kena buat ujian psikologi skali, yg mana ada otak gila tu jgn bg kahwin.

16/07/2020 10:54:51 WIB
苏哈达 @ZettyMukhlis

@twitervirall Sumpah tak sampai hati nak baca sampai habis. Gugur air mata mummy. Jauhkanlah aku dan suami daripada sikap kejam sebegini. Alfatihah kepada anak syurga itu.

16/07/2020 12:24:37 WIB
莫可 @Megatakief

@twitervirall Dear future parents, think before you start feeling of having a child. Use protection if you never want to take good care of your own child. Now, even a home is considered as a hell for some people out there. Sending condolence to that poor child.

16/07/2020 13:29:24 WIB
(。•̀ᴗ-)✧ @schaaaja

@twitervirall Astaghfirullah tenanglah dikau anak, drpd tangan2 yang menzalimi di alam baqa sana😭😭 sedangkan org lain punyalah nak anak,tak layak kau bersama manusia berhati syaitan niii

16/07/2020 08:25:53 WIB

Comment

No comments yet. Write yours!