"Dimanakah Melayu Asli?" Thread Sejarah Suku-suku Melayu dan Menjawab Tuduhan Bahwa Orang Melayu Bukan Pribumi

Thread by: @thepatriotsasia
2
The Patriots @thepatriotsasia

The Patriots is a group of people from different walks of life, age, race and religion that comes together to form a community of peace and tolerance.

thepatriots.store

The Patriots @thepatriotsasia

"Di Manakah Melayu Asli?" Melayu adalah pendatang! Orang Asli adalah pribumi sebenar! Jadi, hak Melayu pada bumiputera harus dihapuskan. Malangnya kami nak bagitahu salah satu suku Orang Asli tersebut dikenali sebagai Melayu Asli. Oleh: Helmi Effendy pic.twitter.com/62lf1Y4CRs

02/06/2020 11:03:30 WIB
Expand pic
The Patriots @thepatriotsasia

Threat ini dibuat bagi menjawab tuduhan di bawah ini yang menuduh orang Melayu bukan pribumi, dan Parameswara itu India hanya kerana namanya sahaja. pic.twitter.com/Hg4JDjNvRy

02/06/2020 11:03:30 WIB
Expand pic
The Patriots @thepatriotsasia

Orang Melayu Deutro iaitu Melayu Moden hari ini berkongsi banyak persamaan dengan Melayu Asli seperti bahasa yang serumpun dibawah keluarga Malayic (bawah keluarga yang lebih besar iaitu Austronesia), kebudayaan dan banyak lagi.

02/06/2020 11:03:31 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

Bukan itu sahaja, malah dengan kelompok orang Asli yang lain iaitu Semang (selain Melayu Asli) menunjukkan bahawa orang Melayu dan Semang juga serumpun dari segi genetik! pic.twitter.com/Hp2ZIhS3za

02/06/2020 11:03:31 WIB
Expand pic
The Patriots @thepatriotsasia

Dan kita ambil kesempatan ini untuk belajar sejarah suku-suku Melayu Asli ini. Tidak salahkan belajar sejarah sepupu rapat orang Melayu Moden hari ini. Tak lain tak bukan adik-beradik kita juga.

02/06/2020 11:03:32 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

1. Orang Laut Orang Laut ialah kumpulan Melayu Proto yang mendiami kawasan pesisiran laut dan muara sungai. Mereka banyak terdapat di pesisiran pantai selatan Semenanjung Malaysia, timur Pulau Sumatera serta pulau-pulau dan muara sungai di Kepulauan Riau-Lingga & sekitarnya. pic.twitter.com/G5yIiOlTZB

02/06/2020 11:03:33 WIB
Expand pic
The Patriots @thepatriotsasia

Sejak dari dahulu lagi, Orang Laut telah menumpukan kesetiaan mereka kepada raja-raja Melayu dari Empayar Srivijaya. Malah selepas kejatuhan Srivijaya, mereka masih meneruskan kesetiaan mereka terhadap Parameswara iaitu raja Singapura Purba terakhir. pic.twitter.com/MGOtUhfV5l

02/06/2020 11:03:33 WIB
Expand pic
The Patriots @thepatriotsasia

Bersama dengan Parameswara, makanya kemudiannya bersama-sama membuka pusat perdagangan baru di Melaka. Ketika kerajaan Melaka mencapai zaman kegemilangannya, mereka merupakan pendukung utama kepada kejayaan dan kegemilangan kerajaan maritim tersebut.

02/06/2020 11:03:34 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

Tugas mereka ketika zaman kegemilangan Melaka dahulu ialah sebagai pengawal kawasan sempadan laut, mengusir lanun-lanun, memimpin para pedagang ke pelabuhan yang ingin mereka tujui dan mengekalkan kekuasaan Melaka terhadap tanah jajahannya pic.twitter.com/ziGETO43AM

02/06/2020 11:03:34 WIB
Expand pic
The Patriots @thepatriotsasia

Mereka mendapat kepercayaan yang penuh dari raja2 Melaka kerana taat setia mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap keturunan raja Melaka. Orang Laut pada zaman Melaka masih lagi meneruskan tumpuan kesetiaan mereka terhadap raja2 Melaka yang dianggap sebagai pewaris Srivijaya.

02/06/2020 11:03:35 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

Walaupun kesultanan Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis, mereka masih lagi menumpukan taat setia kepada keturunan raja Melaka dan akhirnya membantu baginda mendirikan Kesultanan Johor.

02/06/2020 11:03:35 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

Orang Laut terus berkhidmat kepada keturunan diraja Kesultanan Johor sehinggalah Sultan Mahmud Shah II (1685~1699) dibunuh dan digantikan oleh Bendaharanya,Tun Abdul Jalil.

02/06/2020 11:03:35 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

Mereka mengesyaki Bendahara terlibat dalam pembunuhan Sultan Mahmud tersebut dan akhirnya tidak mengiktiraf kekuasaan beliau sebagai sultan Johor dan meninggalkan Johor.

02/06/2020 11:03:36 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

Peranan Orang Laut sebagai penjaga keamanan Selat Melaka mula digantikan oleh orang Bugis secara perlahan lahan pada kurun ke 18.

02/06/2020 11:03:36 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

Orang laut terbahagi pada beberapa suku kecil yang lain.Tetapi di dalam thread ini kami hanya membincangkan dua suku kecil Orang laut sahaja, iaitu Orang Kuala dan orang Seletar.

02/06/2020 11:03:37 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

a.) Orang Kuala Istilah ’Orang Kuala’ wujud disebabkan lokasi masyarakat itu sendiri yang kebanyakannya tinggal di kawasan kuala sungai dan persisiran pantai barat Johor. Mereka dipercayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga dan kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera.

02/06/2020 11:03:37 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

Lokasi penempatan mereka terdapat di Kuala Rengit, Kuala Senggarang dan Tanjung Segenting dalam daerah Batu Pahat serta juga di Kuala Benut, Kuala Sungai Pontian dan Kukup di daerah Pontian, Johor.

02/06/2020 11:03:37 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

Menangkap ikan merupakan salah satu daripada aktiviti ekonomi sara diri mereka. Namun demikian, terdapat juga pada masa kini mereka-mereka yang telah berjaya dalam bidang perniagaan, pertanian malah bidang-bidang profesional yang lain.

02/06/2020 11:03:38 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

Raut wajah dan tingkah laku mereka lebih mirip kepada orang Melayu yang secara tradisinya menjadi jiran turun temurun mereka.

02/06/2020 11:03:38 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

b.) Orang Seletar Orang Seletar pada awalnya merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai yang tinggal dalam rumah perahu, pulau, persisiran pantai dan kuala sungai. Kawasan utama pertempatan mereka adalah di sekitar pantai selatan Johor dan utara Singapura.

02/06/2020 11:03:39 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

Secara tradisinya mereka bergantung hidup kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup berpindah randah. Walau bagaimanapun, perubahan dalam sosio ekonomi telah merubah cara hidup mereka. Terdapat mereka yang mengusahakan kedai makanan laut (seafood).

02/06/2020 11:03:39 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

2. Orang Kanaq Orang Kanaq merupakan rumpun bangsa Orang Asli yang paling kecil jumlah populasinya. Penempatan utama mereka adalah di Kampung Sungai Selangi, Mawai, daerah Kota Tinggi, Johor. pic.twitter.com/rdhLcqehUF

02/06/2020 11:03:39 WIB
Expand pic
The Patriots @thepatriotsasia

Mereka dikatakan berasal daripada kepulauan Riau, Indonesia yang melarikan diri akibat dari ancaman tentera Belanda. Bahasa pertuturan mereka seakan orang Melayu dengan lenggok bahasa yang agak kasar.

02/06/2020 11:03:40 WIB
The Patriots @thepatriotsasia

3. Jakun Penempatan utama mereka adalah di kawasan pantai Pahang, Rompin, Pekan dan Johor Utara. Kebanyakan dari mereka masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. pic.twitter.com/NwXGvsjHrL

02/06/2020 11:03:40 WIB
Expand pic
Load Remaining (36)

Comment

No comments yet. Write yours!