25 Poin Berharga untuk Improve Performance Copywriting Facebook Advertising Supaya Provit Binis Online Meningkat Drastis

digital marketing sangat diandalkan di jaman internet
0
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

“Bro, ada tips copywriting FB Ads tak?” Mari aku ulas sikit perihal copywriting untuk FB Ads. Harap-harap boleh bantu improve performance ads kalian. Ini adalah thread... pic.twitter.com/pkQ22kVh81

23/05/2020 06:23:26 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

Sebelum tu aku nak jelaskan: Aku specialize dalam conversion ads copywriting. Jadi aku tak selalu buat ads berjela-jela dan biasanya sangat straight to the point.

23/05/2020 06:23:27 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

1) Format iklan untuk FB Ads ni pelbagai: single image, carousel, link ads, messenger, engagement, dan lain-lain. 2) Kebanyakan ulasan aku boleh digunapakai untuk semua format dan campaign objedtive. Tapi lebih sesuai untuk conversion ads yang link ke website.

23/05/2020 06:23:27 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

3) Selain itu, kau perlu faham yang copywriting ni ada banyak mazhab dan pendapat. Ada sifu kata ini, ada sifu kata itu. Banyak khilaf. 4) Aku lebih liberal dan berlapang dada dalam copywriting — aku ambil mana pendapat yang sesuai dan amalkan pada situasi berbeza.

23/05/2020 06:23:28 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

5) Jadi, bagi aku copywriting tak ada template yang rigid. Tapi kau perlu ada prinsip mudah: Communicate Value. 6) Khusus bagi FB Ads pula, aku suka amalkan copywriting yang begini: - Secara umum ads perlu communicate value + “thumb stopper” - Secara spesifik ada hook + CTA

23/05/2020 06:23:29 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

7) Thumb stopper ni apa? Maksudnya, apa yang buat orang berhenti skrol newsfeed untuk tengok ads yang kau buat. Apa yang unik? 8) Communicate value pula kau kena letak diri di tempat pelanggan. Apa yang kau offer yang boleh selesaikan masalah dia?

23/05/2020 06:23:29 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

9) Untuk point 7-8 di atas, ada yang guna storytelling, ada guna testimonial, dan macam-macam lagi. 10) Mana yang berkesan? Kau kena test dan tengok sendiri hasilnya.

23/05/2020 06:23:30 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

11) Jangan lupa, dalam ads kena perlu letak hook dan CTA. 12) Hook adalah perkara yang memancing pembaca untuk berhenti scroll.

23/05/2020 06:23:31 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

13) Aku suka letak hook yang simple: soalan, dialog, emoji. Hari tu aku letak lirik lagu raya pun jadi. 14) Tapi hook ni cuma untuk disrupt scrolling je, so jangan gimmick sangat. Pastikan relevan dengan mesej dalam ads.

23/05/2020 06:23:31 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

15) CTA pula adalah Call To Action. Contoh: Beli sekarang, Klik di sini, Mesej sekarang. 16) CTA membantu pembaca untuk mengetahui tindakan selanjutnya. 17) Kau dah buat dia berhenti scroll, dah communicate value, dia tertarik... tapi kau tak bagitahu apa dia nak buat lepas tu.

23/05/2020 06:23:32 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

18) Selain dari perkara di atas, seperti yang aku kata, aku fleksibel dan berlapang dada — tak terikat mana-mana mazhab copywriting. 19) Hal copywriting FB Ads yang selalu orang tanya juga: “Nak tulis panjang atau pendek?”

23/05/2020 06:23:33 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

20) Macam yang aku kata, aku suka direct to the point. 21) Facebook sekarang dah limit primary text cuma show sepanjang 3 baris. 22) Aku selalu buat 3 baris. Kadang-kadang sampai kalau aku buat point form, ada sampai 10 baris. 23) Copywriting panjang aku selalunya point form.

23/05/2020 06:23:33 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

24) Tapi benda ni kau kena test. Lain industri, lain audience, lain ragam.

23/05/2020 06:23:34 WIB

Tambahan Info Rahasia Seputar Digital Marketing

Alimuddin Zafrullah @TheAleem

Malam ni, berdasarkan hasil poll, aku akan ulas pasal A/B Testing dalam digital marketing. "Banner iklan saya ni bagus letak hijau atau merah?" "Berapa offer yang sesuai, 20% atau 30%?" "Target audience duduk KL atau Sabah lagi bagus?" A/B Testing boleh jawab soalan ini...

20/05/2020 23:39:39 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

Dalam thread ni, aku tak akan ajar mana nak click/tekan/submit dan lain-lain. Sebab terlalu luas. Boleh guna di mana-mana. Jadi aku nak ulas teori dan prinsip A/B Testing je.

20/05/2020 23:39:40 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

1) Penting tak buat A/B Testing? Ya, penting. Tanpa A/B Testing, kita tak akan tahu winning audience atau winning ads. 2) A/B Testing boleh cek apa je? - Audience - Copywriting - Banner - Offer - Website conversion rate - ...dan banyak lagi

20/05/2020 23:39:40 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

3) Nak buat A/B Testing ni mudah je. Ini langkahnya: - Pastikan nak test variable apa (cth: audience) - Sediakan hipotesis awal (cth: lelaki lebih tertarik dengan offer ni berbanding perempuan) - Tetapkan METRICS yang menjadi kayu ukur performance (cth: conversion rate)

20/05/2020 23:39:41 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

- Tetapkan jangka waktu testing dan bajet (cth: 7 hari, RM30/hari) - Pastikan semua variable lain sama untuk test kali ini (cth: pastikan ads yang sama dihidangkan untuk audience lelaki dan perempuan) - Jalankan test. - Habis test, analisis iklan berdasarkan kayu ukur.

20/05/2020 23:39:41 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

4) Senang kan? Semakin banyak kau lakukan test, semakin banyak variable kau rasa perlu di-test. 5) Kemudiannya skala testing pun semakin besar -- dari A/B test kepada multivariate testing bak kata @robotys. 6) Impak testing pun kau perlu tahu. Test low-impact tinggalkan je.

20/05/2020 23:39:42 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

7) Aku pernah dapat kerja di sebuah startup financial technology hanya untuk lakukan A/B test. Setahun juga aku buat test. - Agak lama sebab ini adalah test yang high-impact. - Kalau berjaya, profit boleh naik. Kalau salah test, loss akan besar.

20/05/2020 23:39:42 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

8) Jadi kau kena pilih test yang memberikan impact kepada untung rugi bisnes kau. Kalau tak membazir duit. 9) Test untuk iklan ni nak run berapa lama? Selama-lamanya.

20/05/2020 23:39:43 WIB
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

10) Aku tak percaya nak run small test dulu sebelum run kempen full-scale. Sebab winning ads/audience boleh bertukar. 11) Jadi aku pegang mantra mentor aku, Matteo: "Always be testing." pic.twitter.com/dbfQxinZLC

20/05/2020 23:39:43 WIB
Expand pic
Expand pic
Alimuddin Zafrullah @TheAleem

Thread kali ini pendek je. Sebab kopi yang aku minum dah mula buat aku mengantuk. Kesimpulan untuk A/B test: - Sangat penting dan berguna untuk pelbagai cabang dalam digital marketing. - Winning ads/audience sentiasa berubah, sentiasa kena test. Always be testing.

20/05/2020 23:39:44 WIB
Load Remaining (18)

Comment

No comments yet. Write yours!