Chirpstory will close the service later this year. At the end of September, you will not be able to post stories or comments.

10 Tempat Menyeramkan di Malaysia via @Eeliya_

tertarik untuk datang ke sini? @tumbenlucu
0
Eeliya @nasba_

⚠️10 Tempat Seram Di Malaysia⚠️ Ini adalah thread. 1. Lebuhraya Karak, Pahang Banyak kemalangan maut telah terjadi di lebuhraya ini dan salah satunya pada 1990, 17 orang telah mati dalam kemalangan melibatkan 10 kereta, kereta polis, lori dan sebuah bas. pic.twitter.com/OY4icOCVhs

02/05/2020 09:50:14 WIB
Expand pic
Eeliya @nasba_

Antara kisah yang popular adalah apabila sebuah kereta Volkswagen warna kuning tiba-tiba muncul di hadapan kereta kita. Jika kita potong, selepas itu akan kelihatan lagi kereta Volkswagen kuning tadi di hadapan. Potong lagi dan kita jumpa lagi kereta itu!

02/05/2020 09:50:14 WIB
Eeliya @nasba_

Apa yang menakutkan, bila diteliti tiada manusia di dalam kereta itu! Satu lagi kisah berkenaan 4 orang hamba Allah dalam perjalanan dari Shah Alam ke Tanah Merah. Semasa melalui Bentong, tiba-tiba dua orang daripada mereka,

02/05/2020 09:50:15 WIB
Eeliya @nasba_

Saifullah dan Hadi telah terdengar bunyi selepas terhempas di bahagian belakang kereta. Dua rakan lain Azizi dan Malik sedang tidur.

02/05/2020 09:50:15 WIB
Eeliya @nasba_

Selepas melihat cermin belakang, mereka tidak nampak apa-apa. Semasa memotong sebuah lori balak, pemandu lori itu menyalakan lampu besar berulang kali.

02/05/2020 09:50:17 WIB
Eeliya @nasba_

Beberapa kenderaan yang memintas kereta mereka turut menyalakan lampu tinggi dan membunyikan hon, mengejutkan rakan yang sedang tidur.

02/05/2020 09:50:17 WIB
Eeliya @nasba_

Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena.

02/05/2020 09:50:18 WIB
Eeliya @nasba_

Semasa Hadi dan Saifullah membuka pintu kereta, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta perjalanan diteruskan sambil menepuk-nepuk belakang kerusi.

02/05/2020 09:50:18 WIB
Eeliya @nasba_

Malik mengalami ketakutan yang amat sangat setelah ternampak pontianak sedang berbaring di atas but kereta, dengan wajahnya menghadap mereka.

02/05/2020 09:50:19 WIB
Eeliya @nasba_

2. Bukit Putus, Negeri Sembilan Jalan bengkak-bengkok seperti ular kena palu merupakan laluan paling seram pada waktu tengah malam di Malaysia. Bukit Putus pernah menjadi lokasi banyak kemalangan dan aktiviti jenayah, antaranya mayat dicampak ke dalam gaung. pic.twitter.com/ElbY7vmplZ

02/05/2020 09:50:22 WIB
Expand pic
Eeliya @nasba_

Antara kisah seram yang berlaku di sini adalah pemandu yang terserempak dengan sekumpulan orang sedang mengusung keranda. Jika bernasib baik, anda akan ternampak wanita mendukung anak di tengah jalan.

02/05/2020 09:50:22 WIB
Eeliya @nasba_

3. Victoria Institution, Kuala Lumpur Dibina pada 1893, sekolah ini adalah yang tertua di KL. Berikut adalah diantara kisah seram yang dikaitkan dengan Victoria Institution. pic.twitter.com/r0lZkKfvpI

02/05/2020 09:50:25 WIB
Expand pic
Eeliya @nasba_

Kisah Satu Ada satu bilik muzik yang terletak di bawah tanah. Untuk ke bilik ini perlu melalui terowong yang panjang. Seorang pelajar telah hilang di sini dan belum lagi ditemui sehingga hari ini.

02/05/2020 09:50:25 WIB
Eeliya @nasba_

Kisah Dua Berdasarkan pengalaman seorang pengawal keselamatan. Suatau hari dia bertugas untuk shift malam. Seperti biasa dia membuat rondaan di sekitar sekolah.

02/05/2020 09:50:26 WIB
Eeliya @nasba_

Semasa melalui Pavilion (stor barangan sukan) dia terdengar bunyi orang sedang berkawad di padang. Selepas itu pengawal tersebut telah mengambil cuti sakit kerana demam panas. Dia mendakwa telah ternampak sepasukan tentera Jepun sedang berkawad!

02/05/2020 09:50:26 WIB
Eeliya @nasba_

Kisah Tiga Semasa pendudukan Jepun, sekolah ini telah dijadikan markas tentera. Tandas di Victoria Institution telah menjadi tempat memancung kepala tawanan perang.

02/05/2020 09:50:27 WIB
Eeliya @nasba_

Diceritakan, pernah seorang pelajar ternampak mayat tergantung di pintu tandas. Ada juga yang cerita telah melihat darah mengalir keluar dari dalam tandas.

02/05/2020 09:50:27 WIB
Eeliya @nasba_

Jangan terkejut disebalik banyak kisah mistik yang terjadi, Tandas 206 tersebut masih lagi digunakan!

02/05/2020 09:50:28 WIB
Eeliya @nasba_

Kisah Empat Di Victoria Institution ada sebuah menara jam dengan tinggi kira-kira 30 meter. Ramai pelajar pernah ternampak “benda” duduk di atas menara jam itu pada waktu malam.

02/05/2020 09:50:28 WIB
Eeliya @nasba_

Kisah Lima Kisah daripada pelajar-pelajar yang terlibat dengan kumpulan koir. Mereka selalu berlatih sehingga lewat malam di sekolah. Suatu kisah yang berlaku pada 2005, seorang anggota koir telah hilang dan ditemui semula sedang tidur di atas tangki air.

02/05/2020 09:50:29 WIB
Eeliya @nasba_

Setelah ditanya, pelajar ini berkata dia telah terjumpa seorang wanita berjalan seorang diri di dalam kawasan sekolah. Atas dasar prihatin dia cuba bertanya pada wanita itu, namun kemudiannya tidak sedarkan diri dan tidak ingat apa-apa.

02/05/2020 09:50:29 WIB
Eeliya @nasba_

4. Penjara Pudu, Kuala Lumpur Dibina pada zaman penjajahan British dan digunakan sebagai kem tahanan perang semasa penjajahan Jepun dan pernah menempatkan sehingga 2000 tahanan, termasuklah penjenayah terkenal Botak Chin, yang telah dihukum mati pada 1981. pic.twitter.com/MtQAOeRQbX

02/05/2020 09:50:32 WIB
Expand pic
Eeliya @nasba_

Suara jeritan boleh didengar dari tempat hukuman dilakukan, walaupun ketika tiada orang di situ dan sesetengah tempat didalam penjara ini dikatakan lebih sejuk

02/05/2020 09:50:32 WIB
Eeliya @nasba_

Penjara Pudu telah dirobohkan pada tahun 2009 untuk memberi laluan kepada pembangunan komersil.

02/05/2020 09:50:33 WIB
Eeliya @nasba_

Diharap bangunan baru yang sedang dalam pembinaan bebas daripada gangguan makhluk halus.

02/05/2020 09:50:33 WIB
Load Remaining (29)