#memetwit Misteri "Semalam AKu Menulis, Lalu Jatuh Tertidur Depan Laptop, Pagi Hari Saat Ku Bangun, Kulihat Ada yang Menyambung Ceritaku"

wah gosh writer nih
1
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

“KRING!!!” jam loceng berbunyi, “PAPP!” jam loceng ditutup, Seorang gadis membuka matanya perlahan, “Pukul 7 pagi..” bisiknya, Dia bangkit dari katil, dan mencapai sehelai tuala, Kemudian dia berjalan ke tandas, . . pic.twitter.com/2uz4pWILZ8

24/10/2019 01:18:19 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

Di sebuah cafe, San Francisco Coffee, Wangsa Maju, Sabtu - 13 May 2017, 10:00 AM, . . “Idea..idea..” bisik Noura Ayu, sambil mengadap sebuah laptop di depannya, Sesekali, dia menghirup secawan coffee,

24/10/2019 01:31:32 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

“Dah lama sampai?” tegur seorang lelaki, Badrul, teman lelaki Ayu, “Tengok la jam pukul berapa..” rajuk Ayu, “Sorry hehe.” balas Badrul, . . “Asal dating je, awak menulis.. Bosan la macam ni.” ujar Badrul, “Saya tengah cari idea ni..ishh..” “Meh saya tolong.” “Awak? Haha..”

24/10/2019 01:36:16 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

“Kenapa? Ingat saya tak reti? Eleh setakat reka cerita.. Semua orang boleh buat.” “Betul ni?“ “Betul la.” “Okay! Cepat! Tolong saya.” “Brief sikit. Cerita awak ni macam mana?” “Cerita tentang dua orang sahabat lelaki, yang jatuh cinta dengan seorang wanita.”

24/10/2019 01:43:19 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

“Serius la..haha.. Gadis kampung datang ke bandar pastu cari kerja terlanggar bahu lelaki kaya, barang jatuh sama-sama sambil mata bertentang mata, pastu jatuh cinta, pastu lelaki kaya tu ada member sorang, dia pun jatuh cinta dengan gadis tu..kan?” ulas Badrul panjang lebar, . .

24/10/2019 01:51:04 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

“Alaa mana awak tahu niiii...” “Of course la saya tahu. Dah bersepah cerita macam ni. Haha..” gelak Badrul terbahak-bahak, “Taknak la tulis..” “Tulis la. Awak buat twist sikit.” “Twist macam mana?” “Laki kaya tu dengan gadis kampung tu, adik beradik kandung. Boom!”

24/10/2019 01:56:37 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

“Haah. Betul juga!” “Yang tu pun dah bersepah la Ayu. Haha!!” gelak Badrul lagi, “Malas lah! Cakap nak tolong! Tapi tak serius pun...” Ayu menutup laptopnya, “Okay okay.. Saya serius.” Ayu kembali membuka laptopnya,

24/10/2019 01:59:16 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

“Ayu.. Why not, kalau awak rehat je hari ni. Jangan tekan sangat. Kita tengok wayang. Kita jalan-jalan. Dah banyak hari awak menulis. Saya rasa elok kalau awak rehat sekejap. Tengok benda-benda cantik. Hirup udara segar kat luar sana.” cadang Badrul, Ayu berfikir sejenak,

24/10/2019 02:01:12 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

“Hurm. Okay. Tapi hari ni je. Esok, saya kena fokus balik.” “Of course. Sure. Whatever. So kita tengok wayang?” cadang Badrul, “Jom. Cerita apa?” “Ntah. Cuba awak check.” “Okay. Jap.” . . . ——

24/10/2019 02:03:52 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

Pada waktu malamnya, Alfa Villa Apartment, “Clack!” pintu dibuka, 11:00 PM, . . Ayu merebahkan badannya di atas katil, Dia memandang ke sebuah meja di dalam biliknya, “Kertas students aku tak periksa lagi..” bisiknya, “Ahh banyaknya kerja... Stress!” sambungnya,

24/10/2019 02:07:13 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

Ayu menarik sebuah kerusi, dan dia duduk, Mengadap sebuah meja, Dia mengeluarkan laptopnya, Dan cuba untuk menyambung penulisannya, . . Dia membuka laci meja, untuk mengeluarkan sehelai kertas kosong, “Auch!!” jarinya tersepit, berdarah,

24/10/2019 02:09:48 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

Kemudian, dia merawat luka di ibu jari tangannya, Darahnya menitis di atas lantai, . . “Okay siap.” bisiknya, Dia meneruskan penulisannya, Menaip setiap bait-bait kata, yang diterjemahkan dari hatinya, Sebuah cerita, tentang sebuah cinta segi tiga,

24/10/2019 02:18:15 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

Jam menunjukkan pukul 1:30 pagi, Lampu biliknya dipadamkan, hanya cahaya dari skrin laptop dan meja lampu yang bernyala, Ayu masih lagi terus menulis, tanpa henti, Sesekali, dia menghirup segelas coffee di atas mejanya, Matanya tajam, tertumpu pada setiap ayat yang ditulisnya

24/10/2019 02:20:57 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi, Tangannya masih rancak menaip setiap patah perkataan, . . Namun, dalam beberapa minit, Matanya semakin layu, jarinya semakin lemah, . . Dan dalam beberapa saat, Matanya tertutup, Ayu tertidur di atas mejanya,

24/10/2019 02:23:33 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

. . “KRING!!!” jam loceng berbunyi, “PAPP!” jam loceng ditutup, Ayu membuka matanya perlahan-lahan, “Pukul 7 pagi...” bisiknya, . . “DAB!” Ayu bangkit dari katilnya, pantas, dengan penuh kekeliruan,

24/10/2019 02:25:25 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

“Aku rasa, aku tidur dekat meja.. Kenapa aku tidur atas katil..” bisik Ayu, Skrin laptopnya masih bernyala, Ayu berjalan ke arah mejanya, perlahan-lahan, Dia menarik kerusinya, dan dia duduk, . . Dia memegang tetikusnya, Dan dia membaca semula, cerita yang ditulisnya,

24/10/2019 02:31:05 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

Ayu menjerit, sekuat hatinya, “BAM!” kerusinya jatuh ke lantai, Ayu berundur ke belakang beberapa langkah, dia memeluk tubuhnya, ketakutan, . . Kepalanya dipusing ke kiri, dipusing ke kanan, seperti mencari sesuatu,

24/10/2019 02:41:48 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

Ini kerana, apa yang telah dilihat oleh Ayu adalah, Ceritanya, penulisannya, untuk beberapa bab, telahpun siap disambung, oleh seseorang! Ayu menerpa ke arah laptopnya, “PAPP!” dia menutup laptopnya, Dan dia berlari keluar dari apartmentnya, “KRING!!” “Helo? Ayu?” “Bad!!” pic.twitter.com/M8hYFuAshr

24/10/2019 03:03:10 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

Pukul 8:00 AM, Badrul datang menjemput Ayu, “BAM!” Ayu menutup pintu kereta, “Awak kenapa ni?” “Cepat!” “Cepat? Nak pergi mana?” “Mana-mana je! Saya takut!” jerit Ayu, sambil menangis,

27/10/2019 12:41:11 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

“Okay-okay.” Badrul menarik handbrake, Di dalam perjalanan, tubuh Ayu menggigil, “Okay, cuba cerita..” ujar Badrul, Ayu hanya mendiamkan dirinya, “Kalau awak tak cerita, macam mana saya nak pujuk.” Ayu menutup mukanya, “Saya takut.. Saya tak pernah kena kacau macam ni..”

27/10/2019 12:42:47 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

“Kena kacau? Siapa kacau awak?” tanya Badrul, Dalam beberapa minit, Mereka sampai di McDonalds, “Okay, sini je yang buka pagi-pagi macam ni.” “Clack!” Badrul menarik handbrake, “Awak okay?” soal Badrul, Ayu mengangguk perlahan, “Okay jom.”

27/10/2019 12:45:52 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

. . — Ayu menghirup segelas coffee, Tangannya terketar-ketar, Badrul hanya memerhatikan gelagat Ayu, “Boleh cerita sekarang?” soal Badrul sambil memerhatikan jam di tangannya, Ayu mengangguk perlahan, “Alhamdullillah..” bisik Badrul, sinis.

27/10/2019 12:48:40 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

“Laa.. Senyap pulak..” ujar Badrul, . . Ayu cuba mengatur ayatnya, “Semalam, saya menulis. Saya tertidur atas meja. Bila saya sedar pagi tadi..” suara Ayu tersekat-sekat, “Laptop off? Lupa nak save? Laa, senang je.. Macam ni..” “Bukan..” celah Ayu, “Habis tu?”

27/10/2019 12:58:59 WIB
‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎ @megatlaw

“Cerita saya, bersambung..” sambung Ayu, “Maksud awak?” “Ada orang sambung cerita saya. Sampai habis beberapa bab.” . . Badrul mula keliru, “Betul ke? Bukan awak sendiri yang sambung? Secara tak sedar?” “Bukan! Bukan saya!” Ayu mengeluarkan laptopnya, “Tengok ni!” ujar Ayu,

27/10/2019 13:01:12 WIB
Load Remaining (105)

Comment

No comments yet. Write yours!