Mengenal Larva Human Botly: Ulat Parasit yang Bisa Hidup Dilapisan Kulit Manusia Sebagai Rumahnya

Thread by @schasprouse
1
Shaaaaaaaa🌻 @schasprouse

Larva Human Botfly : Ulat parasit yang menumpang di bawah lapisan kulit anda. . . Issaaaa thread! 🥵 twitter.com/cvkewt/status/…

24/10/2019 20:02:40 WIB
Shaaaaaaaa🌻 @schasprouse

Lalat botfly adalah sejenis serangga yang berasal dari Mexico, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Semasa dalam proses larva, ia merupakan parasit menakutkan kepada haiwan lain terutamanya manusia di rantau ini.

24/10/2019 20:05:26 WIB
Shaaaaaaaa🌻 @schasprouse

Kitaran hayatnya bermula apabila botfly betina dewasa bertelur dlm serangga Artropod spt nyamuk or kutu. Dlm erti kata lain, botfly merupakan host kpd serangga vektor ini. Serangga seperti nyamuk biasanya akn ditgkap oleh botfly semasa terbang dan bertelur di permukaan nyamuk itu

24/10/2019 20:07:28 WIB
Shaaaaaaaa🌻 @schasprouse

Nyamuk ini kemudiannya akan kembali kepada rutin hariannya dan apabila ia menghisap darah manusia atau haiwan (lembu dan anjing; kadang-kadang kerbau, kucing, monyet, babi, arnab atau kambing biri-biri) telur botfly akan bertindak balas kepada perubahan suhu dan menetas.

24/10/2019 20:08:05 WIB
Shaaaaaaaa🌻 @schasprouse

Larva ini kemudiannya akan menggali lubang ke dalam kulit tuan rumah baru mereka melalui luka gigitan nyamuk atau folikel rambut. Larva akan hidup di dalam kulit perumah sehingga 12 minggu dan akan membesar.

24/10/2019 20:08:27 WIB
Shaaaaaaaa🌻 @schasprouse

Selepas purata 30 hari, mereka merangkak keluar dari kulit perumah dan menjadi kekompong di dalam tanah, sehingga mereka keluar sebagai botfly dewasa dan kitaran ini akan berulang lagi.

24/10/2019 20:08:52 WIB
Shaaaaaaaa🌻 @schasprouse

Larva keluar dengan sendiri daripada “rumahnya” selepas 8 minggu, untuk menjadi pupa🥵 pic.twitter.com/GfGUwEjX93

24/10/2019 20:13:40 WIB
Expand pic
Shaaaaaaaa🌻 @schasprouse

Pencegahan🔪 Pencegahan yang paling berkesan adalah agak mudah dan senang. Semasa berkunjung ke Amerika Tengah dan Selatan, individu terbabit perlu menyapukan krim penghalau serangga dan memakai pakaian perlindungan untuk mengelakkan digigit oleh nyamuk atau kutu.

25/10/2019 13:36:53 WIB
Shaaaaaaaa🌻 @schasprouse

Boleh menyebabkan Jangkitan ☝🏻 Jangkitan atau kerosakan tisu boleh berlaku disebabkan oleh larva ini, namun biasanya hanya parut sahaja yang disebabkan oleh pengeluaran larva ini.

25/10/2019 22:18:51 WIB
Shaaaaaaaa🌻 @schasprouse

Namun, Human botfly ini biasanya dijumpai di Amerika tengah dan selatan, tiada di Malaysia. Jadi tak perlu risau tapi perluuu ambil tahu! ☝🏻🔪 😘 Take care gais❤️

25/10/2019 22:20:04 WIB
Shaaaaaaaa🌻 @schasprouse

Apa rasa bila dalam Badan? Tak sakit?🤔 Semakin besar depa ni semakin sakit dirasakan oleh manusia. Jika kehidupan mereka tak diganggu atau tak dikeluarkan dlm masa 8minggu. Dia akan keluar sendiri dan jatuh ke tanah untuk berubah jadi pupa dan akhirnya menjadi lalat dewasa😘

25/10/2019 22:32:36 WIB

Comment

No comments yet. Write yours!