Perang Perdagangan Yang Dilakukan Lynas Corporation Australia VS China Untuk Menguasai Dunia, Thread By @Jackvladamir

Negara-negara berkembang di pusaran negara pengcengkeram kapitalisme
0
The Shadow of the Sun 🌏 @Jackvladamir

空は晴れて ボク元気 | Diutuskan ke Twitter untuk menentang kejahatan tweet cinta, mengubah masyarakat dan menjadikan media sosial sebagai platform perkongsian ilmiah

https://t.co/3ipKqcn0QY

Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

Pasti anda semua pernah dengar tentang Lynas kan? Ini bukan cerita politik, ini cerita perang perdagangan. Jadi ini adalah thread. pic.twitter.com/HWVHGfOeVn

28/07/2019 14:09:58 WIB
Expand pic
Expand pic
Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

Lynas Corporation adalah sebuah syarikat perlombongan nadir bumi Australia. Setakat ini, syarikat ini mempunyai dua operasi utama : 1. Mining & concentration plant di Mount Weld, Australia. 2. Loji penapisan di Kuantan, Malaysia.

28/07/2019 14:14:37 WIB
Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

Australia merupakan antara negara pengeluar nadir bumi. Australia baru-baru ini telah menjadi rakan Amerika Syarikat dalam membantu negara itu mengatasi dominasi China dalam membekalkan mineral penting ini.

28/07/2019 14:16:34 WIB
Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

Bahan mineral ini banyak digunakan dalam industri pembuatan telefon pintar, peluru berpandu, bateri kenderaan elektrik dan pelbagai lagi produk berteknologi tinggi.

28/07/2019 14:17:16 WIB
Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

Di luar China, Lynas merupakan satu-satunya pengeluar nadir bumi utama dunia. Syarikat ini telah menandatangani perjanjian dengan Blue Line yang berpangkalan di Texas. Jepun juga memperluaskan kerjasama dengan Lynas, sekaligus mewujudkan pakatan tiga negara. pic.twitter.com/lIbX4hSOy4

28/07/2019 14:19:14 WIB
Expand pic
Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

China sebelum ini telah menggunakan dominasi menerusi nadir bumi sebagai senjata dalam pertikaian perdagangan. Nadir bumi dapat ditemui di bahagian lain di dunia selain China, termasuk Australia dan Brazil.

28/07/2019 14:20:04 WIB
Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

China menyumbang 85% daripada pengeluaran global, sementara Lynas hanya menghasilkan 15%. Lynas melombong nadir bumi di Australia tetapi memprosesnya di Malaysia kerana Australia sendiri bimbang mengenai sisa radioaktif yang dihasilkan melalui proses itu.

28/07/2019 14:20:40 WIB
Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

Lynas pada bulan Mei memutuskan untuk bekerjasama dengan Blue Line untuk membina loji pemisah di Amerika Syarikat. Tidak seperti loji di Malaysia, kemudahan di Texas akan dapat memisahkan dysprosium, iaitu unsur penting dalam penghasilan bateri untuk kenderaan elektrik.

28/07/2019 14:21:50 WIB
Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

Dysprosium amat sukar untuk diekstrak. Oleh sebab itu pengeluarannya telah didominasi oleh syarikat China walaupun sumber mineral ini boleh didapati di tempat lain. Langkah Lynas untuk membina fasiliti di Amerika Syarikat akan mengubah “padang permainan” global. pic.twitter.com/EZJy0Bfkut

28/07/2019 14:23:29 WIB
Expand pic
Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

Kemungkinan China akan menyekat bekalan nadir bumi ke Amerika Syarikat. Presiden Trump telah mula mengembangkan kerjasama dengan Australia.

28/07/2019 14:24:09 WIB
Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

China pernah cuba mendapatkan Lynas. Pada tahun 2009, China Nonferrous Metal Mining memohon untuk membeli saham majoriti dalam syarikat Australia itu tetapi cubaan China digagalkan oleh kerajaan Australia.

28/07/2019 14:24:37 WIB
Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

Sementara itu, Lynas turut meningkatkan hubungan dengan Jepun. Pada tahun 2010, bekalan nadir bumi China ke Jepun dihentikan selepas Jepun berjaya menuntut Pulau Senkaku sebagai haknya. Dalam masa yang sama, China turut menuntut hak ke atas pulau itu.

28/07/2019 14:25:11 WIB
Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

Oleh kerana tindakan China menghentikan eksport nadir bumi ke Jepun, Jepun beralih kepada Lynas. Pada tahun 2011, Jepun menyediakan modal dan pinjaman sebanyak $259 juta bagi membantu Lynas meningkatkan pengeluaran.

28/07/2019 14:25:33 WIB
Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

Lynas sekarang membekalkan sebanyak 30% nadir bumi Jepun dan Jepun merupakan pelanggan terbesar Lynas. Loji Lynas di Texas akan mula beroperasi pada tahun 2021, bermaksud sehingga tempoh itu China akan dapat menggunakan dominasi dalam sektor ini untuk menyerang tarif Trump.

28/07/2019 14:26:12 WIB
Market Demon 🇲🇾 @Jackvladamir

Selama beberapa dekad sebelum ini, China telah mengetatkan cengkamannya dalam pasaran nadir bumi dunia. China menggunakan dominasinya dengan berkesan untuk memberi tekanan kepada pengguna utama dunia.

28/07/2019 14:26:55 WIB

Comment

No comments yet. Write yours!