1
IMAD SI #MDSSI @imadseriskandar

Ikatan Mahasiswa Dinamik Seri Iskandar | Persatuan Islam @ UiTM Seri Iskandar

IMAD Seri Iskandar @imadseriskandar
ADA APA DENGAN SOLAT BERJEMAAH? Ini adalah thread. pic.twitter.com/GvlVb5l3g3
Expand pic
IMAD Seri Iskandar @imadseriskandar
Kata Rasulullah SAW: "Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda." (HR. Bukhari & Muslim)
IMAD Seri Iskandar @imadseriskandar
Terdapat banyak kelebihan bila solat berjemaah. Antaranya: 1.Pahala 27 kali ganda 2.Punca penyatuan umat Islam 3.Memupuk semangat kemasyarakatan sesama Islam 4.Dapat mendisiplinkan dan melatih diri untuk menguruskan masa dengan lebih baik 5.Menyegarkan kembali badan yang letih
IMAD Seri Iskandar @imadseriskandar
Antara tatacara solat berjemaah dan tatacara makmum masbuk dan muafik. pic.twitter.com/rBEj1yzl0C
Expand pic
Expand pic
Expand pic
IMAD Seri Iskandar @imadseriskandar
Antara tempat yang dapat menenangkan hati adalah masjid. Di sana, ada banyak rahmat Allah dan juga tempat orang yang beriman dan bertakwa. Beruntung mereka yang hatinya terpaut dengan masjid atau surau. Amat rugi bagi mereka yang beralasan dunia untuk tidak hadir ke masjid.
IMAD Seri Iskandar @imadseriskandar
Kaki itu bawalah ia ke tempat yang diredhai Allah. Kalau di dunia ini kita suka dan cinta ke masjid, maka Allah pun suka dan cinta untuk meletakkan kita dalam syurgaNya. Kalau di dunia ini kita rajin ke masjid, maka di akhirat kelak pun Allah rajin letakkan kita dalam syurgaNya.
IMAD Seri Iskandar @imadseriskandar
Nak tahu jarak cinta kita dengan Allah? Tengok jarak cinta kita dengan masjid. "Sesungguhnya, orang-orang yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat." (Surah at-Taubah : 18)
IMAD Seri Iskandar @imadseriskandar
Bagaimana mahu menjadi tetamu Allah di syurgaNya andai di dunia kita tak berusaha menjadikan diri sebagai tetamu di rumah Allah?

Comment

No comments yet. Write yours!

Login and hide ads.