Kisah Tentang Qarun: Lelaki Terkaya Pada Zaman Musa AS Yang Hartanya Masih Dicari Hingga Sekarang

Thread buat @JoshSaladin
2
Josh @JoshSaladin

Kisah malam ini, Qarun - Lelaki Terkaya Zaman Nabi Musa a.s. pic.twitter.com/No4ngj0Ilv

24/06/2019 20:29:31 WIB
Expand pic
Josh @JoshSaladin

Qarun berasal dari kaum Nabi Musa a.s. Nama sebenarnya ialah Qarun bin Yashhar bin Qahath bin Lawa bin Ya'aqub. Beliau berketurunan Bani Israel dan sepupu kepada Nabi Musa a.s.

24/06/2019 21:16:15 WIB
Josh @JoshSaladin

Qarun dikenali sebagai 'al-Munawwir kerana wajahnya yang tampan dan An Nur' kerana mempunyai suara yang merdu ketika membaca kitab Taurat. Qarun seorang yang miskin tetapi rajin bekerja, warak dan alim. Beliau sentiasa berikhtiar dan gigih berusaha untuk menambahkan pendapatan.

24/06/2019 21:16:54 WIB
Josh @JoshSaladin

Kerajinannya itu menjadi contoh kepada kaum Nabi Musa a.s. Oleh sebab terlalu susah maka Qarun meminta kepada Nabi Musa a.s. mendoakannya menjadi kaya raya. Qarun tidak jemu bermunajat. Akhirnya, doanya dimakbulkan Allah.

24/06/2019 21:17:56 WIB
Josh @JoshSaladin

Menurut cerita, Qarun menjadi terlalu kaya sehingga menggunakan sebanyak 40 ekor unta untuk membawa setiap kunci pintu gudang-gudangnya. pic.twitter.com/veDSpyGHe0

24/06/2019 21:19:55 WIB
Expand pic
Josh @JoshSaladin

Apabila sudah bertambah kaya, Qarun mula lupa dengan perintah Allah. Nabi Musa a.s. menyeru Qarun supaya kembali beriman kepada Allah S.W.T. Beliau meminta Qarun untuk menunaikan zakat jika mahu rezekinya berkat.

24/06/2019 21:24:39 WIB
Josh @JoshSaladin

Qarun membina sebuah istana di daerah Fayoum kerana Firaun yang menjadi raja pada masa itu tidak mahu bersaing keindahan istananya dengan istana Qarun.

24/06/2019 21:25:22 WIB
Josh @JoshSaladin

Qarun memilih untuk membina istananya di sebuah oasis yang bernama Fayoum, terletak sebelah timur sebuah tasik yang kini digelar Tasik Qarun atau Buhairah Qarun. pic.twitter.com/MAbaQhJcnI

24/06/2019 21:36:30 WIB
Expand pic
Expand pic
Josh @JoshSaladin

Dengan sombongnya Qarun memberitahu, "Aku mendapat kekayaan ini kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan yang ada pada aku."

24/06/2019 21:37:38 WIB
Josh @JoshSaladin

Qarun terus bertengkar dengan Nabi Musa a s Kemudian dia mempengaruhi kaum Nabi Musa a.s. dengan menabur fitnah. Qarun mengatakan bahawa Nabi Musa a.s. mahu merampas hartanya.

24/06/2019 21:38:28 WIB
Josh @JoshSaladin

Kemudian dia mengupah seorang pelacur untuk membuat pengakuan palsu mengaku telah berzina dengan Nabi Musa a.s. Allah menggerakkan wanita itu supaya menceritakan bahawa dia diupah oleh Qarun untuk memalukan Nabi Musa a.s.

24/06/2019 21:39:05 WIB
Josh @JoshSaladin

Memandangkan sikap Qarun yang sudah keterlaluan, Nabi Musa a.s. pun berdoa agar Qarun diperingatkan Allah. Surah Al- Qasas ayat 81 yang bermaksud: "Lalu Kami timbuskan dia bersama rumahnya dalam tanah, maka tidak dia mendapat golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah."

24/06/2019 21:39:37 WIB
Josh @JoshSaladin

Akhirnya, tamatlah riwayat Qarun. Dia ditelan bumi bersama pengikut dan hartanya di sebuah kawasan dalam daerah Fayoum, Mesir.

24/06/2019 21:40:10 WIB
Josh @JoshSaladin

Nabi Musa a.s. memberi perintah kepada Bani Israel, "Hai, Bani Israel, jika kau beriman kepada Allah, maka segeralah menjauhi dari Qarun. Dan kau Qarun, segeralah bertaubat kepada Allah jika kau ingin terbebas dari seksaan-Nya."

24/06/2019 21:40:25 WIB
Josh @JoshSaladin

Qarun ketawa mengejek, dia tidak mahu bertaubat kepada Allah. Sebahagian besar kaum Bani Israel telah menjauhkan diri dari Qarun. Hanya beberapa orang yang masih mengikutnya.

24/06/2019 21:43:53 WIB
Josh @JoshSaladin

Nabi Musa a.s. segera memberi perintah kepada bumi. "Hai, bumi, telanlah Qarun!" Tiba-tiba bumi terbelah dan segera menelan tubuh Qarun dan para pengikutnya sehingga ke paras lutut.

24/06/2019 21:44:21 WIB
Josh @JoshSaladin

"Segeralah mohon ampun, Qarun. Sebelum Allah memberimu seksa," kata Nabi Musa a.s. memperingatkan Qarun. “Tidak, aku tidak akan mohon ampun. Aku pasti boleh melepaskan diri dari permainan sihirmu," kata Qarun dengan keras.

24/06/2019 21:45:01 WIB
Josh @JoshSaladin

"Hai, bumi, telanlah Qarun!" perintah Nabi Musa a.s. kepada bumi. Maka ketika itu juga seluruh tubuh Qarun dan para pengikutnya ditelan bumi.

24/06/2019 21:45:38 WIB
Josh @JoshSaladin

Bimbang dengan fitnah yang mengatakan Nabi Musa a.s. menghukum Qarun kerana berniat hendak merampas seluruh harta kekayaan Qarun, maka Nabi Musa a.s. segera memerintahkan bumi agar menelan seluruh harta Qarun.

24/06/2019 21:45:54 WIB
Josh @JoshSaladin

Dengan demikian, beliau telah bebas dari fitnah yang hendak dilontarkan orang-orang yang ingkar kepada Allah S.W.T Kisah ini diabadikan dalam al-Quran, surah Al-Qasas ayat 81. Begitulah balasan kepada orang yang sombong dengan kekayaannya.

24/06/2019 21:46:55 WIB
Josh @JoshSaladin

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Maka Kami benamkanlah Qarun berserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya)”.

24/06/2019 21:47:31 WIB
Josh @JoshSaladin

Dikhabarkan bahawa harta Qarun adalah seluas tasik tersebut iaitu kira-kira 45 km. Tasik Qarun ialah tasik ketiga terbesar di Mesir. Kedalamannya ialah 5 meter di sebelah timur dan 12 meter di sebelah barat.

24/06/2019 21:48:19 WIB
Josh @JoshSaladin

Keluasan Tasik Qarun yang diukur melalui satelit pada bulan Ogos, 2003 ialah 241.3 kilometer persegi dan panjangnya ialah 41 kilometer.

24/06/2019 21:49:03 WIB
Josh @JoshSaladin

Uyun Musa merupakan tempat persinggahan Nabi Musa a.s yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Terusan Suez dengan Gunung Thursina, iaitu di Sinai Mesir.

24/06/2019 21:54:45 WIB
Load Remaining (34)

Comment

No comments yet. Write yours!