0
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Ini thread seram tentang jelmaan arwah Kak Ani muncul kembali. Muncul sebab apa? Ini memang seram.Jom baca. pic.twitter.com/Clcvpy4Ijm
 Expand pic
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Assalamualaikum. Bukan niat mengaibkan orang, hanya ambillah iktibar. Tanpa mukadimah panjang kita teruskan kisah. Sewaktu aku berumur 11 tahun, aku pernah menziarahi satu kematian. Zaman tu, umur 11 tahun hapah pun tak tau berkaitan sosial ni. Awal 80-an masa tu.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Tapi aku pandai dah masak, kemas-kemas rumah, jaga adik. Masa tu, main polisentri campur lelaki perempuan, Tak ada la reti nak couple-couple. Kira naif la. Jadi waktu ikutsorang jiran ni, aku panggil la Makcik Siti pergi ziarah, ikut gitu-gitu je.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Aku tengok je semua urusan mandi jenazah hingga urusan kafan. Masa tu tengok je ye, bukan boleh nak tanya apa-apa yang jadi kemusykilan. Kalau bertanya nanti di cop budak kuang hajo kang. Masih aku ingat, aku hairan kenapa wajah jenazah kekuningan.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Ok…aku fikir ada letak bedak ke, ubat ke. Waktu kafan pula, terjadi kekecohan, kain kafan tak cukup. Yang aku nampak, perut jenazah semakin mengembung. Sikit-sikit naik. Ok…sangka baik lagi, aku ingat memang macam tu le proses mengkafan, Aku mana pernah tengok.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Yang aku perhati, mak arwah ni kelam kabut letak kain dan minta segerakan urusan. Suami arwah, menangis je kerjanya. Aku tak de la rasa apa-apa. Dah isteri meninggal, mesti la suami sedih kan.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Waktu nak angkat jenazah ke atas jeep, untuk bawa ke perkuburan, masa tu mana ada van jenazah macam sekarang ni, si suami meraung-raung pula. Kaum hawa menangis le sedih.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Dan sewaktu jenazah diusung, ada air meleleh daripada jenazah sehingga terpaksa dilapik plastik atas jeep. Aku ni ingat itu normal. Urusan di tanah perkuburan, aku tak tau. Tak ikut le sampai ke sana.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Tapi aku ceritakan mengikut apa yang diceritakan oleh kawan yang follow dalam jeep. Sepanjang jalan ke kubur, air yang keluar dari perut jenazah tak berhenti. Baunya sangat memualkan. Semasa jenazah nak dimasukkan ke liang lahad, jenazah tak dapat diangkat daripada jeep.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Macam melekat. Sehinggalah Pak Imam meminta suami arwah turut sama mengangkat jenazah, barulah dapat di bawa turun. Semua yang ikut mengangkat jenazah mengeluh kerana jenazah sangat berat, sedangkan arwah berbadan sederhana je.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Untuk menurunkan jenazah ke liang lahad pula, suami arwah ikut sama ke dalam liang dan tuan punya jeep juga ikut masuk.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Aku panggil la Namanya Pakcik Mok. Selesai urusan buka ikatan kain kafan dan diletakkan papan, masing-masing yang ada di dalam kubur naik untuk mengambus tanah selebihnya. Tapi kawan aku kata, Pakcik Mok kakinya macam terpaku di dalam kubur.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Semua orang beranggapan Pakcik Mok terlalu penat kot. Pak Imam minta suami arwah hulurkan tangan untuk bantu Pakcik Mok naik. Barulah dapat Pakcik Mok naik ke atas. Selesailah urusan pengkebumian dan talkin.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Suasana sayu dan sedih kerana suami arwah menangis meraung tak mahu tinggalkan kubur isterinya. Pak Imam pujuk dan berbisik-bisik dengan suami arwah, barulah suami arwah mahu balik ke rumah.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Dua hari selepas tu, salah seorang kakak kawanku balik dari kerja dalam jam 11 malam. Berjalan macam biasa. Dulu aman, tak ada la kes-kes cabul ni. Nama kakak kawanku tu Kak Wida (bukan nama sebenar). Tiba-tiba Kak Wida nampak satu lembaga. Cuak juga rasa hati Kak Wida.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Oh…nasib baik. Rupanya Kak Wida nampak Kak Ani, kawannya juga berdiri kat tepi belukar pokok petai belalang. “Baru balik kerja ke..” tegur Kak Ani, ramah. “Ye..hari ni lewat pula bas datang..” jawab Kak Wida. “Nak ke mana..” Kak Wida bertanya pula. Kak Ani tak jawab.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Tunjuk isyarat dengan mulut je hala ke rumah. Berpisah le masing-masing. Kira-kira sepuluh langkah lagi nak tiba rumah, Kak Wida teringat.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Dah malam-malam dari mana pulak Si Ani tu…ehhhh…ehhh… dia kan dah mati dua hari lepas… hilang tercampak mana entah kasut Kak Wida lari masuk ke rumah. Seminggu demam. Gangguan jelmaan Kak Ani berterusan agak lama.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Jelmaan Kak Ani hanya berlaku dikawasan belukar pokok petai belalang tu je. Sehingga berlaku satu kemalangan ngeri. Sebuah motorsikal terbabas dan orang ramai membantu seorang mangsa yang bergelimpang di atas jalan.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Setelah tiga hari kejadian, mangsa memberitahu dia adalah pembonceng. Ada kawan yang menunggang. Polis mencari mangsa di kawasan belukar petai tu dan menjumpai mangsa yang telah pun meninggal dunia tersepit di celah-celah rimbunan pokok petai.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Pembonceng yang terselamat itu mengatakan waktu kejadian, dia ternampak kelibat perempuan bergaun putih cuba melintas jalan. Nak mengelakkan kelibat tu mereka terbabas.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Tidak lama kemudian, penduduk kampung mengambil keputusan membersihkan kawasan semak belukar dimana jelmaan tu selalu muncul. Masing-masing terkejut. Kawasan belukar pokok petai belalang tu macam pagar kepada satu kawasan yang terlindung. Lebih kurang seluas padang takraw je.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Penuh dengan anak-anak pokok kayu. Setinggi dua kaki. Elok je berbaris. Waktu jentolak meratakan tanah, penduduk melihat banyak botol-botol kaca macam botol jem tu. Terbongkarlah rahsia. Emak arwah Kak Ani rupanya menjalankan urusan menggugurkan kandungan.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Janin yang belum merupa tu dimasukkan ke dalam botol, ditanam dalam kawasan belukar tu dan ditanda dengan batang kayu pokok hutan. Sebelum ni aku selalu tengok rumah tu sering dikunjungi orang, tapi waktu malam je.
Load Remaining (4)
Login and hide ads.