0
Prof Dato’ Dr. Hassan Yaakob @drhassanyaakob
KARBOHIDRAT DAN LEMAK Semua kumpulan makanan adalah penting untuk kita. Bukan semua lemak adalah tidak baik [THREAD] pic.twitter.com/FO4JASAbIi
 Expand pic
Prof Dato’ Dr. Hassan Yaakob @drhassanyaakob
Kumpulan makanan yang memberikan kita tenaga ialah karbohidrat. Contohnya nasi, bijirin, dan ubi-ubian. pic.twitter.com/WUyXKqdzzR
 Expand pic
Prof Dato’ Dr. Hassan Yaakob @drhassanyaakob
Ia membekalkan tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti seharian. Perlu cukup diambil setiap hari mengikut keperluan tenaga badan. Jika tidak melakukan kerja-kerja berat, eloklah jika dihadkan pengambilan.
Prof Dato’ Dr. Hassan Yaakob @drhassanyaakob
Sekarang jom kita cakap tentang LEMAK yang ditakuti ramai. Ramai yang tidak maklum, sebenarnya lemak juga sebenarnya penting untuk kita, dan tidak boleg untuk kita tak ambil langsung.
Prof Dato’ Dr. Hassan Yaakob @drhassanyaakob
Ada dua jenis lemak yang boleh didapati melalui diet seharian iaitu: Low-Density Lipoprotein (LDL) atau pun lemak tidak baik, dan High-Density Lipoprotein (HDL) iaitu lemak yang baik. pic.twitter.com/e2b3Q9zWCU
 Expand pic
 Expand pic
Prof Dato’ Dr. Hassan Yaakob @drhassanyaakob
HDL boleh membantu mengawal kolestrol tetapi LDL jika berlebihan dalam badan boleh menyebabkan arteri tersumbat.
Prof Dato’ Dr. Hassan Yaakob @drhassanyaakob
Jadi kena ingat, lemak juga sangat diperlukan untuk badan kita. Pilihlah lemak-lemak yang baik dan kurangkan lemak-lemak yang memudaratkan.
Prof Dato’ Dr. Hassan Yaakob @drhassanyaakob
Tiada kumpulan makanan yang tidak elok langsung untuk kita. Makan itu ialah nikmat Tuhan yang diberi dan kita haruslah menikmatinya dengan baik. Namun begitu, bersederhanalah dalam pemakanan seharian kerana kuantiti yang kita ambik yang menentukan ketoksikannya kepada badan.
Login and hide ads.