0
Seram MY @TwtSeramMY
Gangguan di New Zealand Memandangkan ada keluar cerita tentang sis yang duk UK. Aku pun nak share cerita waktu family aku duduk di Wellington, New Zealand.
Seram MY @TwtSeramMY
Aku anak tunggal. Masa tu umur aku 14 tahun. Duduk di NZ sebab bapak aku ditugaskan di sana untuk 5 tahun. Pindah la kami bertiga ke NZ. NZ memang indah, tapi rumah pertama kami duduk bagi pengalaman yang menakutkan.
Seram MY @TwtSeramMY
Rumah kecil saja, ada dua bilik, setiap bilik ada tandas, satu bilik laundry, kitchen, meja makan dan ruang tamu bersambung. Rumah teres setingkat tapi tak macam Malaysia la kat sana takde pagar.
Seram MY @TwtSeramMY
Pengalaman pertama 'dia' main di bilik laundry. baru duduk 3 hari. Masa tu tinggal aku dan mak aku di ruang tamu waktu malam. Bapak aku keluar pergi mana tak ingat, tiba tiba bunyi mesin basuh. Padahal mak aku tak basuh baju pun. Mak aku nak pergi tutup mesin, apa yang nak tutup.
Seram MY @TwtSeramMY
Apa yang nak tutup. plug tak bersambung pun, mak aku dah cuak, tapi dia diam je. Dia tutup pintu, sekali lagi benda tu nak bagitahu yang dia ada kat situ, tak sampai lima minit mak aku duduk, dia ketuk pintu laundry tu dari dalam main. Perghhh berderau.
Seram MY @TwtSeramMY
Mak aku call bapak aku suruh balik cepat. Bapak aku balik dia baca sikit sikit lepas tu kata jangan fikir sangat. Malam tu aku selit tidur kat bilik mak aku. Takut punya pasal hahaha, tapi semalaman je sebab mak aku taknak aku jadi penakut.
Seram MY @TwtSeramMY
Aku selalu dengar bunyi tapak kaki macam ada orang terkejar kejar. Tak kira siang atau malam, aku cakap dengan mak aku. Dia suruh aku baca ayat kursi kalau takut. Pengalaman aku yang last, dia main di tingkap tandas. Tingkap tandas memanjang, macam tingkap rumah.
Seram MY @TwtSeramMY
Tapi tingkap tu dah ada wallpaper untuk tutup tingkap. Memang tak nampak sangat la. Kira kalau mengintai tu nampak bayang ke. Malam tu pulak perut aku memulas, jam tunjuk pukul 2 pagi.
Seram MY @TwtSeramMY
Nak taknak aku kena jugak, ke tandas. tengah aku syok melepaskan hajat. Dia tonjolkan diri, tapi bayang bayang la. Bayangan seperti lelaki di luar tingkap, dia macam berlari ke kiri ke kanan. Apa lagi jadi pelari pecut aku keluar bilik jerit.
Seram MY @TwtSeramMY
Mak aku malam tu jugak jadi bengis, dia marah benda tu dalam bahasa melayu "kau nak apa haaa?! jangan kacau anak aku!". Kau rasa benda tu faham ke hahahahaha
Seram MY @TwtSeramMY
Rupanya mak aku siang hari pun banyak kali kena kacau. Cuma dia tak cerita, dia taknak takutkan aku dengan bapak aku. Yela, nak cari rumah sewa yang mampu milik ni bukan senang.
Seram MY @TwtSeramMY
Siang siang weh dia tinggal sorang. boleh kena kacau. Cawan atas meja jatuh, tv terpasang sendiri, sembunyikan barang, bunyi laki berdehem. Mesin basuh selalu on sendiri, bunyi tapak kaki kat ruang bilik kalau di ruang tamu.
Seram MY @TwtSeramMY
Paling ngeri dia rasa ada orang berbisik kat telinga waktu dia tidur. Tapi bahasa bukan bahasa omputeh, suara lelaki.
Seram MY @TwtSeramMY
Tapi mak aku tak sanggup tahan bila benda tu start tunjuk diri kat aku, sebab tu esoknya mak aku ajak bapak cari rumah lain. Tapi ambil masa jugak. Dalam 4 bulan jugak kami duduk kat rumah tu. then pindah, alaaa tak jauh pun. lain jalan sikit je.
Seram MY @TwtSeramMY
Tak sampai 5 km pun. Alhamdulillah, dah tak kena kacau. Rumah kedua tu kami duduk sampai laaa balik ke Malaysia. sorry guys kalau tak seram, just sharing my experience :)

Comment

No comments yet. Write yours!

Login and hide ads.
Login and hide ads.