5
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Seperti yang dijanjikan. Thread mengenai "Pengalaman melayari DEEP WEB". pic.twitter.com/vCIb4nApNW
Expand pic
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Terima kasih kepada fiksyenshasha.com dan para pembaca sekalian. Cerita yang akan aku kongsikan ini bukan lah kisah hantu atau mistik. Tapi ianya sangat menyeramkan pada aku.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Sebelum aku mula bercerita, aku ingin memperkenalkan diri aku secara ringkas, aku sangat obses dalam dunia teknologi pelayaran web. Aku gemar membaca kisah-kisah penggodam dan cara-cara mereka menterbalikkan teknologi dalam dunia perisian.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Sehingga suatu hari aku terbaca tentang deep web/dark web dari satu artikel mengenai kewujudan data tersembunyi. Menurut data analisis, pelayar yang sedang kita gunakan sekarang adalah surface yang menyediakan ruang hanya 4% sahaja.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Tetapi 96% lagi wujud didalam deep web/dark web yang saiznya melebihi 50ribu zetabyte. Termasuk fail sulit FBI, konspirasi CIA, dokumen yang dirahsiakan ketika perang dunia pertama dan kedua atau beberapa laman web yang sangat sulit dan tidak akan terpapar di surface web.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Aku mula mencuba dengan mengikuti beberapa langkah untuk mengakses deep web. Setelah berjaya, aku mula mencari beberapa link berkaitan artikel Area-51 yang kononnya wujud sebagai bekas tapak pendaratan UFO dan tempat ujian bom.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Ketika aku leka mencari artikel berkaitan, aku disapa oleh satu link “random recommended” yang tertulis “For the new user on Deep Web, take a look before you go more furthur, theres no way to turning back.”
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Aku sebagai pengguna baru, merasakan apa yang ingin disampaikan oleh link tersebut mungkin akan membantu aku untuk mencari artikel-artikel yang aku inginkan.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Aku klik pada pautan tersebut, terpapar satu lagi mesej tertulis “If you continue, you will involved in 1962 secret documentation lab test on subject 43 warehouse no.2” dan aku secara tidak sengaja tertekan “continue”.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Video berdurasi 3 minit 42 saat memenuhi ruangan dekstop dan tidak ada button close window. Yang ada hanya video yang memenuhi ruang skrin dekstop aku.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Terlihat seorang wanita berambut panjang dibogelkan, rambutnya diikat pada tiang dan badannya tergantung. Datang dua orang lelaki berpakaian makmal menghampiri wanita tersebut. Seorang lelaki memegang gergaji kayu, seorang lagi lelaki memegang seperti satu alat gas.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Lelaki yang memegang alat gas itu menekup mulut wanita berkenaan beberapa saat dan secara tiba-tiba wanita itu ketawa. Ketawanya seolah-olah tidak dapat dikawal.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Aku mula syak itu mungkin nutrious gas atau gas ketawa. Manakla seorang lelaki lagi mula memotong leher wanita berkenaan.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Tetapi wanita itu terus ketawa sehingga badannya terjatuh kebawah & kepalanya masih tergantung, dalam keadaan urat lehernya terburai, aku lihat masih ada sisa-sisa ketawanya.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Memang sangat menganggu emosi aku, tapi aku seolah terpaku, badan menggigil dan hanya diam melihat ujian ngeri yang dilakukan pada seorang wanita. Setelah habis video itu, terpapar satu lagi mesej berbunyi “want to see more? Fill the form on link below”
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
aku rasa sudah cukup dengan apa yang aku lihat, aku tutup website itu dan cuba teruskan dengan mencari artikel yang aku inginkan.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Aku terjumpa satu link berkaitan Area - 51 yang tertulis “Black Hole Area - 51”. Aku klik pada pautan itu, apa yang ada hanya binary code. Aku copy binary code itu dan paste pada notepad.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Untuk pengetahuan semua, ketika menggunakan deep web, kita dilarang menggunakan browser lain, kecuali browser yang disediakan khas untuk deep web.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Jika kita langgar undang-undang ini dan pihak berkuasa antarabangsa dapat mengesan kita, mungkin kita akan diburu seumur hidup kerana terlalu banyak rahsia yang kita tahu melalui deep web.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Dalam deep web, aku tidak jumpa apa-apa link yang boleh menyerjemahkan binary code yang aku copy paste tadi. Jadi aku keluar dari deep web, restart computer, dan mula google untuk encrypt binary code yang aku copy tadi.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Selepas berjaya encrypt, mesej ringkas yang aku dapat dari binary code tadi hanyalah “You have seen enough”
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Aku tidak faham apa yang dimaksudkan, aku terus delete file notepad yang mengandungi binary code tadi.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
. Keesokannya apabila aku buka komputer, aku lihat di dekstop aku ada file notepad yang tertulis “Secret_Docu_Sub44.txt” disebabkan ianya berformat text, jadi aku tak perlu risaukan virus dan terus buka notepad tu.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
Dalam notepad tu tertulis “You wanna laugh?” Aku terus teringat video wanita yang digergaji lehernya hingga putus tetapi masih ketawa. Aku terus padam notepad tu, keesokannya file itu muncul semula di desktop aku.
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
. Ianya berlarutan selama seminggu. Aku ambil pendekatan drastik dengan format komputer aku. Semuanya kembali normal. Deep web/dark web bukan tempat berseronok.
Load Remaining (7)

Comment

No comments yet. Write yours!

Login and hide ads.