7
Login and hide ads.
fansuri @halisfansuri
PENGALAMAN MENGURUSKAN JENAZAH TRANSGENDER (LGBT) *KISAH BENAR dari yg menguruskan jenazah Ustaz Syed Sohleh Syed Jalaludin Untuk diambil Iktibar & tdk ada niat utk mengaibkan sesiapa. Maklumat jenazah dirahsiakan. (gambar hiasan) pic.twitter.com/QetIzw4zdr
 Expand pic
fansuri @halisfansuri
Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai.
fansuri @halisfansuri
Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan. In Shaa ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani
fansuri @halisfansuri
pembedahan penukaran jantina, siapa yg patut melaksanakan pengurusan jenazahnya? bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yg menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.
fansuri @halisfansuri
Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya
fansuri @halisfansuri
3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah ke semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.
fansuri @halisfansuri
Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan lahan ke seluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit demi sedikit, ibu dan abang arwah mula perasan
fansuri @halisfansuri
ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.
fansuri @halisfansuri
Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak ( buang najis ), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya behenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar Saya terus menyucikan jenazah macam biasa
fansuri @halisfansuri
saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat
fansuri @halisfansuri
Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan keatas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin.
fansuri @halisfansuri
Perlahan lahan saya memasukkan kapas kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi. Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu.
fansuri @halisfansuri
Saya terus mandikan jenazah anaknya, selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.
fansuri @halisfansuri
Sedikit penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapor barus, air kayu cendana dan air sintok, air ini untuk mewangikan jenazah.
fansuri @halisfansuri
Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan tadi, sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut.
fansuri @halisfansuri
Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.
fansuri @halisfansuri
Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke dalam van jenazah, sahabat sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu, tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAH HU AKHBAR.
fansuri @halisfansuri
Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.
fansuri @halisfansuri
Sekali lagi saya memohan maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.
fansuri @halisfansuri
Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syara' berdasarkan AL-Quran dan dipandukan Hadis.
fansuri @halisfansuri
ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman ALLAH yang bermaksud :- " Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk ". ( Surah AT-Tiin ayat 4 )
fansuri @halisfansuri
Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa ( Maksudnya ) :- " Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki ". ( Hadis Riwayat AL-Bukhari )
fansuri @halisfansuri
Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata ( Maksudnya ) :- " Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki ". ( Hadis Riwayat Abu Daud )
fansuri @halisfansuri
Wahai saudara-saudara seislam ku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji ALLAH itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini
fansuri @halisfansuri
Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNYA.
Load Remaining (2)
Login and hide ads.