0
Friendzone Material @silly_boney
Ini adalah MAIN THREAD kpd semua thread kisah seram. RT utk support. Follow utk stay connected. Sila quote tweet, jgn komen di thread ini
Friendzone Material @silly_boney
Cukup 30 RT, aku open thread kisah seram real. Hantu galah kat highway SKVE. Highway yg smpai skrg tkde lampu jalan. Lepas dgr story ni, aku legit tak drive sorg kt SKVE. Dia cm meremang sendiri. pic.twitter.com/XnHkzGiROP
Expand pic
Friendzone Material @silly_boney
Aku terharu sgt bila ada yg kata rindu story aku. Thanks korg. Sbb korglah, aku still buat thread kisah seram. 💕 Untuk thread kalini, aku nak cerita tntg pengalaman seram yg jadi kt org yg dekat dgn aku. Aku malas nak reveal identiti. Sbb dia pun cerita buat bahan borak je.
Friendzone Material @silly_boney
Tapi, dia mmg takut masa kena gangguan haritu. Dia tak pernahhhh rasa penangan fizikal makhluk halus. Selalunya, kalau kena ganggu pun, dia kacau emosi & muncul-muncul cak cak je. Dia sendiri taktau apa salah dia. Kenapa boleh jadi sampai tahap serang. Aku gelar dia sebagai Am.
Friendzone Material @silly_boney
Am setiap weekend kena hantar adik dia balik kolej swasta kt Kajang. Since rumah Am kt Bandar Saujana Putra, Am kena ikut highway SKVE untuk ke Kajang. SKVE akan lalu Serdang, IOI City, Bangi then Kajang. Dah jadi rutin adik Am berhantar ambik dari Kajang ke rumah sbb balik- pic.twitter.com/4gbxnAjOqe
Expand pic
Friendzone Material @silly_boney
-weekend. Disebabkan Am tgh cuti sem, dia jelah selalu jadi mangsa yg kne fetch adik. Malam tu, dia selamat hantar adik kt asrama kolej. After that, dia terus drive balik. Jam dah pukul 11.30 malam waktu dia masuk SKVE from Serdang. Sesiapa yg selalu naik SKVE tau yg SKVE ni-
Friendzone Material @silly_boney
-takde lampu jalan. Gelap gelita. Gelap serupa masa depan India yg langgar bontot kereta aku kat roundabout haritu. Pastu lari, bodoh. pic.twitter.com/ZdeBi0UVAd
Expand pic
Friendzone Material @silly_boney
SKVE ni akan ambil beberapa minit utk dilalui. Jalan beralun, bentuk S gitu dan sgt kurang kenderaan pada waktu malam. Kereta mostly bawak laju macam pelesit kt sini. pic.twitter.com/7V7FGgSZsS
Expand pic
Friendzone Material @silly_boney
Am pasang radio sambil drive. Dkt SKVE tu, kereta yg ada hanyalah yg jalan belah lane lain. Yg menghala jalan yg sama tak nampak satu pun. Lampu kereta mmg suluh jalan depan je. Satu masa tu, radio tiba-tiba volume drop sendiri. Tadi dia pasang medium volume, slowly turun. pic.twitter.com/PjjuHcdp4A
Expand pic
Friendzone Material @silly_boney
Turun sampai rasa sunyi je dalam kereta. Boleh dgr bunyi-bunyi dlm kereta. Korg prnah kan off aircond dlm bilik lepastu sunyi je dlm bilik. Am yg mulanya tak rasa apa-apa, start perasan kenapa sunyi. Dia kuatkan volume, tapi tak naik. Bunyi ada, cuma slow. Waktu ni, dia dah- pic.twitter.com/f2lLagtlOR
Expand pic
Friendzone Material @silly_boney
start cuak. Bila dah sunyi, dari tadi yg dia tak pay attention pada keadaan jalan yg gelap, now dia rasa tak selesa. Jangan hrp dia nak pandang cermin pndg belakang. Dia terus tolak cermin tu hadap tempat lain. Dia risau gaklah sbb rse lama pulak ats SKVE ni. pic.twitter.com/PDeubvaCE1
Expand pic
Friendzone Material @silly_boney
Dalam diam, bulu roma dia sbnrnya mmg meremang. Tapi dia abaikan. Ada je rasa mcm ada penumpang kat seat blkg. Badan terus jadi keras je. pic.twitter.com/V4p2rKtF5v
Expand pic
Friendzone Material @silly_boney
Mata dia yg fokus pd jalan hadapan, tertangkap kt satu figure tubuh manusia gelap kt jalan lane sebelah. Hitam. Bila dah dekat, hitam tadi melonjong ke atas, lpas tiang papan LED SKVE. Tubuh tu meliuk sampai ke lane Am. Dia meliuk terus ke depan kereta Am. Masuk kt bwh kereta. pic.twitter.com/HOiLLwmHdO
Expand pic
Friendzone Material @silly_boney
BAMMMM! Tayar bwh seat driver terlanggar satu benda mcm bonggol tinggi. Am terangkat dari kerusi sampaikan punggung terangkat jugak. Tak cecah seat. Nak cerita dia punya effect langgar tu. Am mmg jerit on the spot sbb gila bapak terkejut. Bunyi dahlah kuat gila.
Friendzone Material @silly_boney
Kau bygkan drive ikut speed highway pastu ada bonggol. Tak ke terkejut. Dia tak sempat tgk cermin pndg blkg sbb dh alih td. Tak nampak apa dia langgar. Yg dia nmpk, benda pnjg hitam tu memanjang masuk bwh kereta. Lepas kena tu, dia serabut dh. Dia terus speed sampai masuk exit-
Friendzone Material @silly_boney
-Saujana Putra. Radio tiba-tiba melalak kuat gila sbb volume dh lebih 30++. Sebenarnya, aku personally dh banyak dengar cerita tentang SKVE. Kawan boss aku yg selalu bawak lori selalu kena. Katanya ada benda atas kepala lori. pic.twitter.com/2r2Y6C34ja
Expand pic
Friendzone Material @silly_boney
Lepastu kereta-kereta from lane sebelah selalu bg lampu tinggi nak bagitau ada benda. Driver tak nampak jalan la, mcm bawak dalam gelap tanpa nampak border jalan. Dan macam-macam lagi. Aku just happy yg SKVE tak pernah jammed, jalan luas, sedap & mudahkan aku pergi IOI City.
Friendzone Material @silly_boney
Ending thread ni mmg mcmni je sbb Am tak plan pun utk bersilat dgn hantu galah tu. Dan rilek. Takde benda yg ikut dia balik. Tapi tulah, aku tau yg rmai gila tak suka drive sorg bila malam. Tapi akan ada satu masa yg kita terpaksa. Yg penting kne chill jgn gelabah.
Friendzone Material @silly_boney
Nantikn kisah seram selanjutnya. Kisah SKVE -TAMAT-
Friendzone Material @silly_boney
Bagi sesiapa yg rse cite ni suam suam kuku tak cukup seram, dijemput utk baca thread yg lain. Aku share cite seram dua thread sebulan. Ya, aku mmg sgt rajin. Thread fevret & confirm seram : 1. LAPTOP 2. LORONG 3. LIPAS 4. MENGINTAI Klik thread ni 👇 twitter.com/silly_boney/st…
Friendzone Material @silly_boney
Sebenarnya guys, aku dh kehabisan koleksi kisah seram. Aku perlukan kisah seram dari korg. Boleh share via DM @silly_boney. Akan dikredit. Tag kawan-kawan. Syarat : 1. seram 2. senang fhm 3. tak tergantung (Aku tau story aku ada trgantung. Tpi tkyhlah nak perli) 4. kisah benar pic.twitter.com/Xiw8ZHg3sz
🦉 @zzonlyshaf
@silly_boney Aku pernah kena time tu aku keluar makan dengan dengan akak dengan abang ipar. Balik dalam pukul 1 lebih. Pastu hah kau dia terbang depan kereta. Aku ingat aku sorang nampak. So aku diamlah. Rupanya dah balik tu masing masing kata nampak. Tapi tulah alhamdulillah duadua diam😂
🦉 @zzonlyshaf
@silly_boney Yang meremang bulu Roma tu dia punya terbang memang betulbetul Depan kereta. Aku rasa dia lintas Tak tengok Jalan. Sebab terlanggar dia. Memang bunyi.

Comment

No comments yet. Write yours!

Login and hide ads.