Jejak Khilafah di Indonesia, Pengaruh Turki Utsmani dalam Sejarah Melayu yang Dicengkeram Penjajah Kolonial, Thread by @JoshSaladin

Konsul Utsmani di Batavia menghidupkan hubungan antara umat Islam Timur Tengah dan Asia Tenggara
1
Josh @JoshSaladin

Thread malam ini, Panji Uthmaniyah di Kepulauan Melayu. pic.twitter.com/jyiqw6Xj1J

01/07/2018 19:36:41 WIB
Expand pic
Expand pic
Josh @JoshSaladin

Pihak Khilafah Uthmaniyah telah menghantar konsul dan membuka pejabat mereka di Kepulauan Melayu khususnya di Batavia (Jakarta) Singapura dan Rangoon bermula pada pertengahan kurun ke-18.

01/07/2018 21:02:49 WIB
Josh @JoshSaladin

Wakil-wakil Kerajaan Turki Uthmaniyah ini berperanan membela nasib umat Islam yang dizalimi dan ditindas oleh penjajah Inggeris dan Belanda di wilayah masing-masing.

01/07/2018 21:03:02 WIB
Josh @JoshSaladin

Konsul pertama Uthmaniyah di Singapura ialah Sayyid Abdullah al- Junayd yang dilantik pada tahun 1864. Beliau juga merupakan penduduk Hadhramaut (Yaman).

01/07/2018 21:08:14 WIB
Josh @JoshSaladin

Selepas kematiannya pada tahun 1865, pihak British tidak lagi memperbaharui permit pejabatnya. Kemudian, peranan konsul ini diambil alih oleh adiknya dan kemudian oleh Sayyid Muhammad b. Ahmad al-Sagoff hingga akhir kurun ke-19.

01/07/2018 21:08:52 WIB
Josh @JoshSaladin

Seterusnya, Haji Attaullah Effendi dari Turki dilantik menjadi konsul di Singapura pada tahun 1901 dan tugasnya dipercayai diambil alih oleh Kiliani.

01/07/2018 21:09:11 WIB
Josh @JoshSaladin

Pembukaan pejabat konsulat Turki Uthmaniyah di Singapura (1864) dan Batavia (1883) secara tidak langsung membina hubungan yang akrab antara Sultan Johor dan Sultan Uthmaniyah.

01/07/2018 21:13:13 WIB
Josh @JoshSaladin

Hubungan ini bermula di era pemerintahan Sultan Abu Bakar (1885-1895) dan diteruskan hingga kemangkatan Sultan Ibrahim pada tahun 1922.

01/07/2018 21:14:56 WIB
Josh @JoshSaladin

Individu yang bertanggungjawab membina dan menjaga hubungan antara Sultan Uthmaniyah dan Sultan Johor ialah Sayyid Muhammad al-Sagoff yang merupakan usahawan dari Hadhramaut bersama-sama dengan Konsul Uthmaniyah di Singapura.

01/07/2018 21:17:03 WIB
Josh @JoshSaladin

Manakala Sayyid Omar bin Muhammad al-Sagoff merupakan konsul Uthmaniyah di Singapura memainkan peranan penting dalam membantu hubungan Acheh dan Istanbul pada akhir kurun ke-19.

01/07/2018 21:17:16 WIB
Josh @JoshSaladin

Perlantikan Sayyid Muhammad al-Sagoff sebagai konsul Uthmaniyah di Singapura menimbulkan rasa tidak senang pihak British.

01/07/2018 21:17:51 WIB
Josh @JoshSaladin

Pihak British mempertikaikan tindakan Daulah Uthmaniyah melantik wakilnya di Singapura sedangkan Daulah Uthmaniyah tidak mempunyai kepentingan di rantau ini malah bilangan warganegara Uthmaniyah di Singapura adalah amat sedikit.

01/07/2018 21:18:01 WIB
Josh @JoshSaladin

Sayyid Muhammad al-Sagoff dilihat mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat terutamanya dalam perniagaan jemaah haji. Beliau dilihat boleh menimbulkan ancaman besar kepada pihak British dan Belanda kerana bersifat antikolonial.

01/07/2018 21:18:53 WIB
Josh @JoshSaladin

Pihak Belanda telah menghantar bantahan ke London mengenai perlantikan orang Arab sebagai konsul Uthmaniyah di Singapura.

01/07/2018 21:19:25 WIB
Josh @JoshSaladin

Lord Salisbury yang merupakan Perdana Menteri British menghubungi Pejabat Jajahan di London dan mencadangkan agar jawatan konsul diisi oleh orang Turki sendiri dan...

01/07/2018 21:19:51 WIB
Josh @JoshSaladin

... bukannya orang berketurunan Arab apabila Sayyid Muhammad al-Sagoff dilantik menjadi konsul kerana kebimbangan timbulnya penentangan. Walaupun mendapat tekanan daripada Foreign Office, Pejabat Jajahan tetap menerima konsul Uthmaniyah walaupun tanpa pengiktirafan rasmi.

01/07/2018 21:20:08 WIB
Josh @JoshSaladin

Terdapat kejadian di mana akhbar Reuters menyiarkan berita yang menuduh Kerajaan Turki Uthmaniyah menghantar rakyatnya ke Hindía Timur Belanda (Indonesia) untuk menghasut umat Islam di sana supaya menentang pihak Belanda.

01/07/2018 21:24:29 WIB
Josh @JoshSaladin

Untuk menangkis dakwaan tersebut, akhbar Neracha telah menyiarkan surat penafian daripada Konsul Uthmaniyah di Batavia iaitu Muhammad Refat Bay di mana beliau juga menuduh Jawatankuasa Balkan di London sengaja mengada-adakan berita yang tidak berasas.

01/07/2018 21:27:06 WIB
Josh @JoshSaladin

Setelah berakhirnya Perang Dunia Pertama, Muhammad Refat Bay mengadakan pertemuan dengan Sheikh Sayyid bin Salim dan Sheikh Omar Manqush di Welterveden, Jawa. Pertemuan ini adalah untuk membincangkan perlaksanaan propaganda anti-British.

01/07/2018 21:27:16 WIB
Josh @JoshSaladin

Ali bin Awad bin Sunkar diberi tanggungjawab melaksanakan propaganda berkenaan. Beliau melawat Pulau Pinang dengan ditemani oleh Sheiklh Abdullah bin Salim al-Attas dan Sheikh Taliff bagi menubuhkan sekolah Arab di Pulau Pinang.

01/07/2018 21:28:47 WIB
Josh @JoshSaladin

Sewaktu Kerajaan Turki Uthmaniyah menghadapi Perang Balkan, akhbar Neracha menyeru orang Melayu supaya memberi sumbangan untuk menyokong ekonomi Kerajaan Turki Uthmaniyah semasa perang Sumbangan tersebut adalah dalam bentuk bon yang bernilai $1.00 setiap satu.

01/07/2018 21:29:15 WIB
Josh @JoshSaladin

Pada Jun 1913, garis panduan untuk membeli bon dalam bahasa Arab dan Inggeris telah disediakan buat akhbar Nerachaoleh Konsul Turki di Batavia.

01/07/2018 21:29:35 WIB
Josh @JoshSaladin

Pada bulan berikutnya, Neracha memaklumkan kepada pembacanya bahawa pihaknya telah menerima garis panduan untuk membeli bon dalam Bahasa Melayu.

01/07/2018 21:29:42 WIB
Josh @JoshSaladin

Kerjasama diplomatik antara Kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Acheh mula terjalin semenjak kurun ke-16 lagi iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni dan kemudian diteruskan oleh penggantinya iaitu Sultan Selim II (1566-1574).

01/07/2018 21:30:12 WIB
Josh @JoshSaladin

Sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni, baginda telah menghantar dutanya ke Acheh yang bernama Lutfi Bey. Manakala sewaktu pemerintahan Sultan Selim II, baginda telah menghantar dutanya yang lain iaitu Mustafa Chavush ke Acheh.

01/07/2018 21:30:35 WIB
Load Remaining (104)

Comment

No comments yet. Write yours!