5
creepyposta @creepyposta
Petanda-petanda awal sebelum anda 'terjerumus' ke dalam #DeepWeb: anda akan disajikan dengan video-video tak masuk akal. Macam ini. pic.twitter.com/SNPULotlZU
creepyposta @creepyposta
Ada yang tanya 'mender #DeepWeb tu?' Internet yang korang 'main' tu baru 10% dari keseluruhan web. Ada 90% lagi yang korang TAK nampak. pic.twitter.com/5HSOU3ZjnQ
 Expand pic
creepyposta @creepyposta
Pernah dengar tak #BlankManSoup? Video seorang lelaki menangis teresak-esak sambil makan sop dan dipujuk dua maskot tak bermulut? Nak video? pic.twitter.com/dzb80pFLWS
 Expand pic
creepyposta @creepyposta
Ini videonya. Nampak macam kelakar kan? But it's very sinister. youtu.be/6VMRAGxjOoA
 Expand pic

afdhal @arfdall
@creepyposta video ni dari "red room"..satu tempat dimana kita boleh tngok penderaan,penyiksaan dan pembunuhan secara live..
creepyposta @creepyposta
Perbezaan #DeepWeb dan #DarkWeb. Kat Dark Web tu lah korang akan jumpa segala bagai penyamun / penyangak / pembunuh / yakuza / mafia 😷 pic.twitter.com/mJ3f49Jtmo
 Expand pic
creepyposta @creepyposta
#BLANKROOMSOUP This is a thread β€” Seorang lelaki Asia sedang memakan sop dengan gelojoh menggunakan senduk kayu di dalam sebuah bilik.
creepyposta @creepyposta
Seekor maskot aneh dilihat masuk ke dalam bilik yang sama dan menepuk-nepuk perlahan belakang lelaki itu sebelum dia menangis teresak-esak.
creepyposta @creepyposta
Esakannya diiringi dengan suapan yang semakin laju. Dia kelihatan seperti teragak-agak untuk menelan. Tangisannya diiringi bunyi ketawa.
creepyposta @creepyposta
Siapa yang ketawa? Mungkin jurukamera. Tak siapa tahu. Selepas itu, seekor lagi maskot yang sama masuk dan mereka terus memujuk lelaki itu.
creepyposta @creepyposta
Video #BlankRoomSoup ini muncul sekitar 2008. Ada yang mengatakan ia cuma projek seni, jenaka dan tak lebih dari satu eksperimen.
creepyposta @creepyposta
Tapi ramai yang percaya ia memang sebuah rakaman aneh! Dan ada juga konsensus mengatakan lelaki itu memakan sisa daging manusia.
creepyposta @creepyposta
Raymond Persi, seorang artis, mengakui bahawa maskot yang dipakai di dalam video itu diambil dari dua karakter rekaannya bernama RayRay.
creepyposta @creepyposta
Namun Persi mengakui dia bukanlah salah seorang pelakon video itu. Menurut Persi, dia sedang membuat persembahan RayRay di Sunset Club -
creepyposta @creepyposta
- ketika kostum maskotnya dicuri dari keretanya. Mujurlah dia ada beberapa pasang lagi kostum RayRay yang sama. And the show continued.
creepyposta @creepyposta
Tidak berapa lama selepas itu, dia menerima video aneh itu melalui emel tanpa sebarang penjelasan. Yang lebih aneh, menurut Persi, maskot -
creepyposta @creepyposta
- itu bergerak dan bersikap seperti watak RayRay yang dilakonkannya. Jadi, pencuri kostum itu sudah lama memerhatikan cara lakonannya.
creepyposta @creepyposta
Menurut Persi, dia juga telah menerima beberapa video lain 'lakonan' RayRay namun tiada siapa yang berjaya menemuinya buat masa ini.
creepyposta @creepyposta
Terpulang pada ANDA untuk mempercayai atau tidak keanehan di sebalik #BlankRoomSoup. Dengarkan tangisan lelaki itu.
creepyposta @creepyposta
Tangisan yang penuh tekanan perasaan. Soalan-soalan yang bermain di fikiran termasuk: 1-Apa yang dimakannya? 2-Kenapa dia menangis?
creepyposta @creepyposta
3-Apa yang berlaku selepas dia memakan sop itu? 4-Dan apa yang berlaku seandainya dia tak berjaya menghabiskan sop itu? End of Part 1./.
Load Remaining (10)
Login and hide ads.