Seputar Malam Lailatul Qodar dan Berbagai Pendapat Ulama Tentangnya

Malam Lailatul Qodar adalah malam yang diperdebatkan oleh berbagai ulama.
0
Ad-Dien @AdDien90

Thread mengenai isu bila malam lailatul qadar, pendapat ulama' mengenainya dan isu berkaitan tanda-tanda kedatangannya. #AddienThread

15/06/2017 13:45:42 WIB
Ad-Dien @AdDien90

1. Lailatul Qadar ialah malam yang disebutkan Allah sebagai malam di bulan Ramadan yang lebih baik daripada 1000 bulan= 83 tahun 3 bulan.

15/06/2017 13:57:05 WIB
Ad-Dien @AdDien90

2. Nabi tak beritahu bila tarikh specific lailatul qadar. Yang disebutkan dalam hadis, 10 malam terakhir Ramadan Nabi lebih giat beribadah.

15/06/2017 14:10:09 WIB
Ad-Dien @AdDien90

3. Sebenarnya ada banyak pendapat ulama' ttg bila tarikh lailatul qadar. Kita biasa dengar 10 malam terakhir pada malam ganjil sahaja...

15/06/2017 14:17:09 WIB
Ad-Dien @AdDien90

4. Hakikatnya, Imam Ibn Hajar al-Asqalani kata: "Isu lailatul qadar ini terlalu banyak perbezaan pendapat ulama' lebih 40 pendapat!"

15/06/2017 14:20:31 WIB
Ad-Dien @AdDien90

5. Sy kongsikan beberapa pendapat ulama' antaranya; Pendapat 1: Lailatul Qadar sekali sahaja setiap 70 tahun. Ini pandangan ibn Al-Hanafiah

15/06/2017 14:50:53 WIB
Ad-Dien @AdDien90

6. Pendapat kedua: Lailatul Qadar muncul pada malam pertama Ramadan/1 Ramadan. Ini pendapat sahabat Nabi, Anas bin Malik rwyt Ibn Abi Asim.

15/06/2017 14:56:34 WIB
Ad-Dien @AdDien90

7. Pendapat ketiga: Lailatul Qadar berlaku separuh kedua Ramadan (malam 11-19). Ini pendapat Abu Yusuf & Muhammad bin Hasan dr mzhb Hanafi.

15/06/2017 15:04:07 WIB
Ad-Dien @AdDien90

8. Pendapat keempat: Lailatul qadar berlaku pada 17 Ramadan. Ini pandangan sahabat Nabi, Zaid bin Arqam dalam riwayat Ibn Abi Syaibah.

15/06/2017 15:15:50 WIB
Ad-Dien @AdDien90

9. Pendapat kelima: Lailatul Qadar jatuh pada malam ke 18 Ramadan. Ini pandangan Hasan al-Basri & sebahagian ulama' mazhab Syafie.

15/06/2017 15:19:56 WIB
Ad-Dien @AdDien90

10. Pendapat keenam: Malam ke 19 Ramadan ialah lailatul qadar. Ini pandangan sahabat Nabi; Ali bin Abi Talib, Zaid bin Thabit & Ibn Mas'ud.

15/06/2017 15:23:57 WIB
Ad-Dien @AdDien90

11. Pendapat majoriti ulama', pada 10 malam terakhir berdasarkan hujah poin no.2. Cuma mereka saling berbeza pandangan malam yg mana satu.

15/06/2017 15:44:22 WIB
Ad-Dien @AdDien90

12. Pendapat ketujuh; Lailatul Qadar berlaku pada malam ke 21. Ini pandangan Imam As-Syafie dan kebanyakan ulama' mazhab Syafie.

15/06/2017 16:41:10 WIB
Ad-Dien @AdDien90

13. Pendapat kelapan; Malam ke 23 Ramadan berlakunya lailatul qadar. Ini pandangan sahabat Nabi; Muawiyah, Ibn Umar & Aisyah isteri Nabi.

15/06/2017 16:56:19 WIB
Ad-Dien @AdDien90

14. Pendapat kesembilan; Ibn Mas'ud, Abu Said al-Khudri, As-Sya'bi, & Qatadah mengatakan bahawa Lailatul qadar berlaku pada 24 Ramadan.

15/06/2017 17:02:34 WIB
Ad-Dien @AdDien90

15. Pendapat ke 10; Sahabat Nabi bernama Abu Bakrah kata lailatul qadar berlaku pada 25. Pendapat 11: Malam ke 26 kata Fudhail bin Iyadh.

15/06/2017 17:20:25 WIB
Ad-Dien @AdDien90

16. Pendapat ke 11. Lailatul qadar malam ke 27 Ramadan. Ini pandangan paling masyhur disisi Mazhab Hanbali & some ulama' mazhab Hanafi.

15/06/2017 17:24:54 WIB
Ad-Dien @AdDien90

17. Malam ke 27 juga merupakan pendapat terkuat disisi Mazhab Maliki. Some ulama' maliki berpendapat pertengahan Ramadan.

15/06/2017 18:06:25 WIB

Comment

No comments yet. Write yours!