Menghitung nikmat Allah. by ‏@MarieynaSadik

simak tweets @MarieynaSadik Ttg Mencintai Allah swt.
0
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Menjadikan Allah SWT sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan Akhirat.

24/11/2012 23:53:10 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai.

24/11/2012 23:53:43 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Perasaan cinta walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Allah SWT.

24/11/2012 23:55:48 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu cintakan Allah yang Maha Agung.

24/11/2012 23:57:39 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.

24/11/2012 23:58:05 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan menenangkan.

24/11/2012 23:58:57 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Kalau seseorg itu telah mencintai Allah,walaupun seluruh makhluk memusuhinya/membencinya,namun dia tetap mendapat kebahagiaan & ketenangan.

25/11/2012 00:00:10 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Orang yang beriman dengan Allah dan mentaati-Nya sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan dan ujian.

25/11/2012 00:01:22 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Allah sebagai cinta agung-Nya :')

25/11/2012 00:02:20 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Maha Kuasanya Allah dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya.

25/11/2012 00:03:30 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki.

25/11/2012 00:08:19 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cinta terhadap Allah SWT itu berbalas.

25/11/2012 00:09:27 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Dl keresahan cemas & bimbang itu terubat pula dgn keyakinan bhw Allah itu Maha Luas RahmatNya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan.

25/11/2012 00:10:30 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih :')

25/11/2012 00:11:22 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain ♥

25/11/2012 00:12:59 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Mencari cinta Allah SWT dapat membantu menghilangkan mazmumah.

25/11/2012 00:15:46 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

@dyazfrli Mazmumah adlh sifatsifat keji yg terdapat dalam diri manusia seperti hasad,dengki,sombong,ego,tamak,gila dunia dan lain-lain.

25/11/2012 00:18:08 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Makin ramai yang merebut mencintai Allah, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan.

25/11/2012 00:19:29 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Meletakkan cinta & harapan pd Allah akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat :)

25/11/2012 00:22:51 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Mengejar cinta Allah SWT jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan :)

25/11/2012 00:28:04 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai.

25/11/2012 00:29:58 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat.

25/11/2012 00:30:24 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Sedangkan Allah SWT yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. SubhanAllah :')

25/11/2012 00:31:47 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Terasa terseksa apabila kita akan berhadapan dengan Allah SWT yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita :( #SelfReminder

25/11/2012 00:33:54 WIB
Marieyna M.Sadik ಌ @MarieynaSadik

Dunia yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan sedangkan Allah SWT yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita. #SelfReminder

25/11/2012 00:35:37 WIB
Load Remaining (14)

Comment

No comments yet. Write yours!